JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Selasa, 17 Januari 2012

BELUM PUN HASSAN ALI DEDAHKAN SIAPA `PARASIT' DI DALAM PAS, KITA SUDAH TAHU ORANGNYA

Dr Hassan Ali merepek seminggu dua ini menunjukkan beliau terkilan dipecat oleh PAS.  Tetapi kerana ego dan sombong, beliau dikatakan tidak akan merayu untuk dikekalkan bersama PAS.  Aku pun menyokong 200% jika Hassan Ali tidak merayu kepada PAS kerana bagi aku selagi manusia hina ini berada di dalam PAS, selagi itulah PAS akan rosak.

Beliau sebut mengapa beliau dipecat.  Beliau juga hairan mengapa beliau dipecat.  Tidak dapat dibayangkan betapa busuknya hati manusia ini apabila menganggap kes yang dihadapi oleh DS Anwar baru-baru ini yang telah diputuskan tidak bersalah itu sebagai kes peribadi.  Apa yang Hassan Ali sebut adalah, "Pemecatan saya bukan atas dasar kesilapan yang saya lakukan yang telahpun diharmonikan tetapi semata-mata menegur pimpinan PKR yang menghadapi kes mahkamah yang saya katakan bersifat peribadi," katanya dalam satu sidang media di kediamannya hari ini (Malaysiakini).

Perjuangan Islam apa jika sahabat kita berada di dalam kesusahan dan dizalimi kita anggap masalah peribadi?  Sebagai Pakar Motivasi, di mana letaknya ilmu Hassan Ali?  Tidak terbayangkah oleh kamu jika suatu hari nanti kamu teraniaya, atau anak beranak kamu dizalimi dan teraniaya, kemudian rakan-rakan kamu tidak berbuat apa-apa kerana mengangap itu adalah masalah peribadi?  Jenis orang seperti Hassan Ali ini layak tinggal di dalam hutan jauh dari bermasyarakat.

Beliau dikatakan akan membuat `road show' merata negara kononnya untuk dedahkan siapakah `parasit-parasit' di dalam PAS yang menyebabkan beliau tercampak keluar ke lubang najis.  Tidak perlu buat road show kerana kita semua tahu `parasit' sebenar di dalam PAS adalah orang yang bernama Hassan Ali.  Beliau dari awal menjadi `parasit' yang kemaruk kuasa. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan