JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Sabtu, 28 Januari 2012

ANWAR TIDAK PERLU SAMAN ORANG GILA ATAU ORANG BODOH

Aku terbaca satu tulisan dari SuaraPakatan di dalam Tranungkite.  Penulis begitu sibuk mendesak agar DS Anwar menyaman beberapa blog yang sering membuat fitnah terhadap beliau memandangkan DS Anwar telah menyaman akhbar sampah iaitu Utusan. 

Aku tidak setuju DS Anwar habiskan masa menyaman Blogger pelacur yang pro Umporno itu.  Tidak perlu disaman kerana akhirnya pasti terbongkar.  Sebagai contoh, beberapa bulan yang lalu Blogger sampah tersebut sibuk meminta DS Anwar menunjukkan jam Omega.  Blogger haramjadah berkenaan mencabar DS Anwar menyaman blog lacur mereka sekiranya jam Omega yang disebutkan oleh mereka bukan jam DS Anwar.

DS Anwar tidak mengendahkan kerja bodoh puak-puak upahan berkenaan.  Akhirnya, pihak Polis sendiri sahkan isu jam ditutup.  Kononnya jam Omega dari Kerajaan Arab Saudi untuk DS Anwar, tetapi tanpa dilayan oleh DS Anwar terbongkar bahawa jam Omega tersebut adalah dari Taiwan.  Kebathilan terhapus dengan sendirinya.

Justeru itu, DS Anwar harus banyak habiskan masa memperkuatkan Pakatan Rakyat bukan menghabiskan masa melayan kerja bodoh upahan berkenaan.  Lagi pun, kerja saman menyaman di dalam mahkamah Malaysia ini sudah kita maklum selagi melibatkan DS Anwar.  Lihat sahaja kes DS Anwar menyaman Ketua Pemuda Umno, KJ.  Sudah berapa tahun masih belum selesai.  Adakah DS Anwar perlu buang masa lagi dengan kerja menyaman tanpa faedah ini?

Jika rakyat sudah meluat dan jijik dengan Umno dan rakyat tahu Umno dan fitnah tidak boleh dipisahkan, buatlah berapa banyak video lucah sekali pun, DS Anwar tidak perlu melayannya rakyat tetap memilih ABU (Asalkan Bukan Umno).  Tidakkah kita terfikir mengapa puak-puak balaci itu mahu sangat DS Anwar menyaman mereka?  Ini adalah kerana mereka mahu DS Anwar hilang tumpuan untuk menyerang Najib dan Rosmah serta lembu-lembu Fidlot di dalam kondo. 

Justeru itu, kita cabar mereka yang kononnya ada beberapa kotak lagi video lucah agar tampil membuat laporan agar DS Anwar boleh menjawabnya di mahkamah, walaupun mahkamah di negara ini semua faham situasinya.  Bukan susah sangat buat kerja fitnah.  Buat tuduhan, kemudian cabar orang yang dituduh menyamannya.  Kerja bodoh itu selalunya adalah kerja kumpulan Ezam sesumpah, Umi Hafilda dan sekutu-sekutunya yang kini mencari sesuap nasi di dalam kondo lembu Umno.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini