JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Selasa, 28 Ogos 2012

ZAHID HAMIDI AKHIRNYA AKUI KEHEBATAN PEMERINTAHAN PR

Terbaca aku Sinar semalam (27 Ogos 2012).  Bekas orang kuat Anwar Ibrahim dulu yang belot dari kumpulan reformasi setelah ditahan beberapa hari, Zahid Hamidi mengeluarkan kenyataan yang secara tidak langsung mengakui kehebatan pemerintahan di bawah PR.  

Kata beliau, PR hanya dapat tunaikan 15% sahaja dari janji-janji mereka sejak PR perintah iaitu tahun 2008.  Itu pun jika 15 % itu Zahid kira betul dan telah pun habis di ejas oleh beliau untuk menurunkan peratusnya.  Baiklah, kita anggap betul lah kiraan Zahid tersebut.  

Bagaimana pula dengan Bn?  Zahid pun dengan bangganya menyebut Bn telah menunaikan 87 % janji-janji mereka, bukan semenjak 2008 tetapi semenjak 1959 lagi.  Waktu itu aku pun belum lahir lagi, silap-silap si Zahid ini pun belum lahir kot.  Bayangkan sejak 1959, Bn hanya dapat tunai janji 87% sahaja, sedangkan PR telah tunai janji 15% di dalam masa sepenggal sahaja yang tak sampai pun lima tahun.

Ertinya apa?  Ertinya terlalu jauh hebat PR perintah dari Bn perintah.  Oleh itu, buat apa rakyat menjadi bodoh sehingga sanggup mengundi Bn lagi sedangkan menteri Bn sendiri akui PR memerintah jauh lebih baik dari Bn?  Ini bukan aku yang kata, ini Zahid yang kata dan saudara boleh baca di dalam akhbar Sinar semalam.

Aku tidak fikir Zahid ini terlalu bodoh untuk membuat perkiraan.  Aku yakin Zahid ikhlas di dalam kenyataannya itu.  Atau, adakah Zahid ingin memberitahu Najib bahawa sudah sampai masanya Bn dikuburkan?


1 ulasan:

  1. Lebih kurang 10 penggal memerintah berjaya menunaikan janji sebanyak 87%. Jadinya sepenggal baru 8.7%. Adakah peratusan ini lebih baik dari 15% dari kejayaan PR selama sepenggal.

    Cuba bayangkan kalau PR memerintah dalam tempoh selama 10 penggal peratus kejayaannya menunaikan janji adalah 150% peratus.

    Zahid kena belajar matematik semula..

    BalasPadam