Nampaknya terjerat lagi umno apabila cuba bermain dengan isu bendera. Mereka dakwa jika PR jadi Kerajaan Pusat, maka Jalur Gemilang akan bertukar. Ini semua hanya mereka lihat seorang dua yang membawa bendera Sang Saka dua helai sewaktu rakyat berkumpul meraikan Janji Bersih di Dataran Merdeka baru-baru ini.
Di dalam perhimpunan tersebut ratusan bendera Jalur Gemilang dibawa oleh penyokong-penyokong Janji Bersih, tetapi kepala otak lembu itu tetap fokus kepada dua helai bendera yang amat mereka takuti. Mengapa takut? Takut sejarah difahami?
PR tetap bertegas tidak akan menukar bendera Jalur Gemilang kerana bendera itu tidak berdosa. Yang rasuah dan merompak hak rakyat bukan Jalur Gemilang. Tiada sebab bendera mahu ditukar walaupun mungkin ada hujah untuk berbuat demikian, tetapi hujah itu boleh dianggap hujah "dhaif" yang tidak begitu penting berbanding objektif kita untuk menukar kerajaan.
Gagal dengan isu bendera, puak haramjadah ini menukar arah kepada tindakan samseng yang dipelajari dari Apco Yahudi. Bas Merdeka Rakyat dirosakkan di Kota Bharu. Tidak puas dengan itu, tazkirah DS Anwar diganggu di sebuah masjid di Kedah. Atas alasan tiada tauliah, puak anti agama ini menyekat usaha dakwah yang diwajibkan Islam iaitu saling ingat mengingati hatta satu ayat. Perlukah tauliah untuk kita saling mengingati? Mungkin itulah ajaran Apco Yahudi yang sememangnya tidak suka melihat lembu peliharaan mereka ditolak di dalam PRU akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan