JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Rabu, 26 September 2012

HUDUD SEMAKIN DITERIMA, US NASHA TIDAK PERLU MENJADI JAGUH

Satu kajian oleh UM telah menunjukkan 42 % kaum Cina kini mula yakin dengan Hukum Hudud.  Satu berita baik bukan saja sepatutnya kepada PAS, tetapi kita umat Islam patut bersyukur dengan berita ini.  Bayangkan jika 42 % kaum Cina yang telah dibuat kaji selidik, itu merupakan satu angka yang besar.  Di dalam Umno pun belum tentu dapat sejumlah itu yang yakin dengan hukum Hudud, sebaliknya mereka akan mencari alasan untuk menolak hukum tersebut.  

Alasan paling popular buat Umno untuk menolak hukum tersebut adalah mereka mengatakan itu Hudud PAS.  Oleh kerana itu Hudud PAS, maka Umno tolak.  Itu yang diajar oleh Mahathir sejak dulu lagi.  Masalahnya, bila ditanya mana Hudud Umno yang kononnya hudud Islam itu, sehingga kini satu baris dari hukum tersebut Umno tidak mampu buat.

Sekarang ini pemimpin-pemimpin PAS kena bersabar sedikit dari terlalu ghairah mahu memperkatakan tentang hukum ini.  Jangan berebut-rebut mahu jadi juara kononnya mahu memperjuangkan hukum tersebut.  Di dalam dasar PAS, hukum tersebut masih kekal maka tunggu masa dan saat yang paling sesuai untuk dilaksanakan.

Hasil dari kesabaran PAS, kita sudah dapat melihat bagaimana sedikit demi sedikit kaum Cina yang bukan Islam sudah mula merasa yakin dengan hukum tersebut.  Jangan dihiraukan sangat rungutan dari beberapa pimpinan DAP kerana apa yang paling penting majoriti rakyat yang bukan Islam di negara ini semakin memahami hukum tersebut.  Apabila rakyat bukan Islam telah semakin selesa dengan isu Hudud ini, percayalah, pemimpin-pemimpin DAP yang selama ini agak kritikal tentang Hudud akan menerima hakikat tersebut.

Oleh itu, Us Nasha tidak perlulah cuba menjadi jaguh di dalam isu ini.  Tidak guna menjadi jaguh di dalam parti yang akhirnya apa yang parti bina runtuh dan PAS kembali terasing seperti dahulu.  Strategi PAS atau pendekatan PAS sekarang ini sudah amat bijak dan ianya terbukti sekarang di mana Hudud semakin mendapat perhatian dari rakyat yang bukan Islam. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan