JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Isnin, 15 Oktober 2012

DR HARON DIN TIDAK KEMARUK JAWATAN SEPERTI KAMU, HASSAN JATI !!

Apabila sudah lama tidak bersuara, maka bersuara semula Hasan Jati.  Kali ini beliau lupa bahawa beliau telah disepak oleh PAS keluar dan menjadi Jati seterusnya melantik dirinya jadi Presiden kepada dua tiga ekor spesis sepertinya.  Beliau lupa beliau bukan ahli PAS lagi, sebab itu beliau bersuara agar Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz melepaskan jawatannya kepada Prof Dr Haron Din.

Alasan bangang beliau adalah Dr Haron Din setara dengan Tuan Guru Nik Aziz.  Jika sudah setara, maka perlu apa ditukar?  Lojiknya kalau Dr Haron Din lebih hebat ilmunya atau pengaruhnya di dalam PAS, barulah wajar ditukar, itu pun kena Majlis Syura PAS sendiri yang buat keputusan bukannya kerana mendengar saranan orang yang sudah kena sepak seperti Hasan Jati.

Hakikatnya, hasad dan dengki tak hilang-hilang dari hati hitam Hassan Jati.  Dendam masih membara kerana Mursyidul Am PAS ini sejak dari dahulu lagi selalu terbau taktik Hassan Jati nak musnahkan PAS dengan isu Kerajaan Perpaduan dengan Umno.  Semua orang tahu kisah kemaruknya si Hassan ini mahu jadi MB Selangor jika PAS dan Umno bersatu di Selangor selepas PRU 2008 dulu.  Cita-cita besar Hassan ini terhidu oleh Mursyidul Am PAS, maka sebab itu dendam membara hingga membarah dan membusukkan hati.

Tambah perit lagi bila hilang jawatan Pesuruhjaya PAS Selangor, bertambah sakit di hati bila ada yang mendedahkan bahawa nama beliau mungkin tidak tercalon di dalam PRU nanti.  Sebab itu, beliau mula membuat hal dan melakukan kerja-kerja bodohnya sehingga beliau terpaksa ditendang keluar dari PAS.  PAS tidak perlukan parasit sepertinya yang tidak menghormati Majlis Syura PAS, sedangkan Presiden PAS sendiri terpaksa akur dengan Majlis Syura.  Siapa Hassan yang hebat sangat mahu melanggar keputusan Majlis Syura?  Justeru itu, beliau dipecat.

Bila dipecat, beliau terus jadi meroyan.  Beliau ingat PAS takkan berani pecat beliau kerana beliau rasa amat hebat.  Beliau silap.  PAS pernah hilang Presidennya iaitu Us Asri Muda yang keluar dari PAS dan juga Us Nakhaie Ahmad, Naib Presiden yang keluar dari PAS juga.  PAS tetap maju jaya selepas itu dan bertambah kuat sekarang.  Jadi, siapa sangatlah si Hassan ini pada PAS?

Beliau terus meroyan dengan menyalahkan Anwar dan DAP menjadi penyebab beliau dipecat.  Kemudian salahkan pula kononnya ada parasit yang membuatnya terpelanting dari PAS.  Beliau lupa, PAS tidak pernah ada sejarah parasit sebelum beliau hadir di dalam PAS.  Beliaulah bapak segala parasit dan warisannya masih ada lagi seekor dua di dalam PAS sekarang.  Tidak lama lagi kita kenallah siapa warisan parasit itu.

Sakit hati beliau terhadap PAS kini tidak terhingga sehingga sanggup menyuruh Tuan Guru Nik Aziz letak jawatan digantikan dengan Dr Haron Din.  Siapa dia mahu menilai ketokohan kedua-dua Ulamak PAS ini?  Adakah beliau ingat Dr Haron Din itu sama seperti beliau yang kemaruk kuasa?  Beliau lupakah Dr Haron Din beberapa kali pernah menarik diri dari bertanding di dalam jawatan tertinggi di dalam PAS sedangkan beliau dikatakan punyai harapan cerah untuk menang.  Ini menunjukkan Dr Haron Din tidak kemaruk jawatan, maka usahlah Hassan Jati mahu lagakan Dr Haron Din dengan Tuan Guru Nik Aziz.  

Beliau sepatutnya berterima kasih kepada PAS sebelum ini yang memberi beliau jawatan Pesuruhjaya PAS Selangor agak lama sedangkan jika diikutkan beliau tidak layak memegang jawatan tersebut dari segi keilmuan Islamnya.  Almarhum Us Hassan Shukri jauh lebih layak dari beliau tetapi ketika itu Almarhum Us Hassan Shukri bersetuju untuk menaikkan Hassan Jati sebagai tokoh muda untuk memimpin PAS Selangor.  

Cukup-cukuplah Hassan Jati mahu musnahkan PAS.  Cukup-cukuplah kerja kamu sebagai Sub kontrak Umno.  Jika yakin rezeki di tangan Umno, masuk sajalah ke dalam Umno seperti bekas Imam Masjid Negara, Firdaus Ismail tu. 

1 ulasan:


  1. UMNO dan BN sudah memerintah Terengganu hampir 50 tahun..... Tapi Kenapa Pemuda UMNO, Puteri UMNO, Wanita UMNO dan Pemimpin2 UMNO Terengganu tetap BODOH?

    2013 - Tahun Paling Malang Rakyat Terengganu........ Lihat sendiri bukti kalau tak percaya...


    ~ BUKTI 1 ~

    ~ BUKTI 2 ~

    ~ BUKTI 3 ~

    ~ BUKTI 4 ~

    BalasPadam