Salmah Mat Husain | Rizal Tahir Thu | Jul 02, 09 | 3:29:21 pm MYT | |
KOTA BHARU, 2 Julai (Hrkh) � Biar pun Dato' Seri Najib Razak menolak pelawaan untuk berdebat dengan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, namun Menteri Besar Kelantan tetap menghantar surat kepada Perdana Menteri. Surat tersebut dipos hari ini yang dialamatkan kepada Jabatan Perdana Menteri Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya. Mursyidul Am PAS itu menandatangani surat berkenaan sebaik sahaja selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri pagi tadi. Surat dua muka surat itu antara lain memuatkan penjelasan terhadap kenyataannya sebelum ini yang menyamakan ajaran Ayah Pin atau komunis dengan Umno kerana menolak Islam. Katanya, ia sekadar mematuhi kaedah al-balaaghah iaitu penggunaan perumpamaan atau kiasan semata-mata. Seterusnya baca sini |
Jumaat, 3 Julai 2009
NAJIB JANGAN TAK JAWAB
BAGAIMANA DENGAN KES RASUAH TERDAHULU?
PR desak dedah status rasuah 18 tokoh politik

SHAH ALAM - Pemuda Pakatan Rakyat (PR) semalam mendesak kerajaan mengumumkan status 18 tokoh politik yang pernah disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seperti diumumkan semasa pemerintahan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Ketua Angkatan Muda Keadilan Rakyat (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, status siasatan 18 tokoh politik terbabit terus menjadi tanda tanya dan timbul persoalan adakah berlaku cubaan untuk menyembunyikan kesudahan siasatan tersebut daripada pengetahuan rakyat.
Menurutnya, beliau tidak mahu SPRM hanya mengeluarkan kenyataan bersifat retorik untuk menyedapkan hati rakyat tanpa memberi kesan positif kepada aktiviti membanteras gejala rasuah di negara ini.
“Daripada satu sudut, PR mengalu-alukan kenyataan SPRM akan mendedahkan beberapa kes besar melibatkan kes rasuah, tetapi kita tidak mahu kenyataan tersebut hanya sekadar dakwaan di bibir sahaja,” katanya ketika dihubungi semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Pengarah Pe�risikan SPRM, Datuk Mohd Jamidan Abdullah bahawa suruhanjaya itu akan mendedahkan beberapa kes besar termasuk kes rasuah dalam masa terdekat ini. Seterusnya baca sini

Khamis, 2 Julai 2009
PKR HARUS SETIA DENGAN PAS DI KEDAH
Oleh: Mandor
DAP Kedah kini mula dilihat seperti ingin `membuli' kerajaan PR di Kedah di bawah YAB Us Azizan. Aku tak faham mengapa DAP Kedah langsung tak memikirkan baik dan buruknya tindakan mereka yang dikatakan keluar dari PR di Kedah, walaupun keputusan tersebut belum mendapat restu dari DAP Pusat. Puncanya kerana kandang babi. Bukan kita nak hina binatang yang dijadikan makanan kesukaan mereka, tetapi DAP Kedah seharusnya turut mengambilkira kepentingan ramai lebih-lebih lagi di dalam gabungan PR.
Apa yang aku faham isu tempat ternakan babi itu telah lama dibincangkan oleh berbagai pihak termasuk dari Kerajaan Negeri Kedah sendiri. Beberapa kali pihak berwajib telah menangguhkan untuk meroboh tempat berkenaan kerana dikatakan tidak mempunyai lesen lebih-lebih lagi tempatnya didapati tidak sesuai. Kerajaan Negeri juga dikatakan telah mencari satu kawasan lain yang difikirkan lebih sesuai untuk penternak berkenaan. Malah, difahamkan juga penternak-penternak tersebut telah pun berjanji sebelum ini untuk berpindah dan mereka telah diberi tempoh selama sebulan. Kini, bila sampai saat dan ketikanya, mereka tidak mematuhi janji mereka sendiri.
Aku pun hairan mengapa rakyat sering menuntut kerajaan menunaikan janji, sedangkan segelintir rakyat pula sering memungkiri janji mereka kepada kerajaan. Apakah kerana mereka mengundi PR, maka mereka seperti mendapat lesen untuk berbuat apa saja? Jenis-jenis manusia macam inilah yang selalu menghancurkan parti. Mereka menyokong parti kerana ingin kan kepentingan diri dan puak-puak mereka sahaja. Apakah kerajaan Negeri Kedah sentiasa menutup pintu rundingan dengan mereka? Zalim sangatkah MB Kedah sehingga sanggup memusnahkan tempat ternakan binatang yang menjadi makanan kegemaran mereka itu?
Jangan kerana sekandang babi, kita nak jual seluruh negeri pula. DAP Kedah kena fikir, untuk mendapatkan sekandang babi terlalu mudah jika dibandingkan dengan untuk mendapatkan sebuah negeri yang boleh kita kuasai. Cuma yang perlu adalah sikap berlapang dada dan tidak terlalu mementingkan puak masing-masing sehingga cuba untuk tidak mematuhi peraturan yang dibuat oleh kerajaan yang kita sendiri sokong. Aku pelik mengapa golongan Cina di Kelantan boleh bertahan beberapa penggal bersama Pas, tetapi di Kedah mereka tidak sanggup bertahan. Apakah di Kelantan kaum Cina tidak makan babi?
Seandainya DAP Kedah membuat keputusan drastik untuk keluar dari PR, kita tidak menghalaunya tetapi apa hak kita untuk melarangnya. Cuma aku ingatkan agar PKR jangan pula mengambil kesempatan atas isu remeh seperti ini. Aku dengar Gerakan dah mula pasang angan-angan untuk tubuhkan Kerajaan Perpaduan di Kedah bersama PKR dan DAP. Jangan cuba nak lakukan perkara bodoh itu. Jangan jadi bodoh kerana sekandang babi dan juga kerana dipancing oleh Gerakan. /mandor.blogspot.com

WACANA POLITIK ATAU STRATEGI POLITIK UMNO-PAS?

AKU dah tak kisah dah apa lagi yang rasanya boleh dibuat antara Pas dan Umno ni. Kalau dulu idea Kerajaan Perpaduan Pas - Umno ditolak mentah-mentah oleh sebilangan besar pemimpin dan penyokong Pas dan PR, kini aku tak pasti apakah `Kerajaan Perpaduan' yang menggerunkan itu boleh dipraktikkan juga melalui `penjenamaan' semula. Bab perpaduan ni kita tak boleh cakap banyak nanti dianggap anti perpaduan pulak sedangkan ugama menuntut ke arah perpaduan. Betulkan?
Seperti juga rakyat begitu marah bila diumumkan harga minyak petrol dinaikkan. Tetapi, bila ianya `dijenamakan' lain sikit iaitu RON sekian, RON sekian kononnya untuk peningkatan gred minyak, rakyat sudah tidak marah lagi. maka, tak lama lagi harga minyak akan naik dan rakyat akan terima dengan senang hati. Sebentar tadi Pemuda Pas Pusat mengumumkan akan tetap mengadakan wacana intelektual dengan Pemuda Umno setelah debat yang dicadangkan oleh Mursyidul Am Pas tidak berani disahut oleh Umno. Ternyata, Pemuda Umno menyambut baik cadangan Pemuda Pas bagi menunjukkan ada titik perpaduan yang boleh dicapai antara Umno dan Pas. Baguslah usaha sedemikian kerana kita jangan mudah kecewa kalau apa yang kita hajati sebelum ini gagal dicapai. Usaha Pemuda Pas haruslah dipergiatkan lagi agar lebih mendekatkan Pas kepada Umno demi `perpaduan Melayu dan Islam'.
Walaupun aku kabur atas isu atau tajuk apa wacana itu nanti akan diadakan kerana aku tak nampak Pemuda Umno mampu berbuat apa-apa untuk mendatangkan faedah dan kebaikan kepada rakyat apatah lagi kepada Pas. Pemuda Umno sendiri pun dipimpin oleh orang yang `sakit' yang disangsikan kebersihan dan ketelusannya oleh Umno sendiri. Justeru itu, awal-awal lagi Ketua Pemuda Umno mengingatkan Ketua Pemuda Pas agar jangan tumpukan pada soal ugama semata-mata di dalam pertemuan wacana itu nanti. Sehingga kini belum dimuktamadkan atas tajuk apa yang perlu dibicarakan oleh pemimpin muda kedua-dua parti tersebut.
Walaupun hati ini sebenarnya menolak idea baru oleh Pemuda Pas tersebut, namun ingin berbaik sangka, maka aku menaruh kepercayaan kepada Pemuda Pas walau sikit pun aku tidak mempercaya kepada Umno atau Pemudanya. Mengapa susah sangat aku nak percaya? Kerana bagi aku selagi Umno tidak berubah malah bertambah menyusahkan kita, mana mungkin wacana seperti ini mendatangkan kesan. Biar beribu dan berjuta sekali pun wacana diadakan,selagi Umno tidak menunjukkan minat untuk berubah maka pekerjaan tersebut menjadi sia-sia malahan merugikan Pas sendiri. Tetapi kalau dah dikiaskan dakwah boleh sampai ke pintu istana Firaun, maka aku mungkin silap di dalam menilai kebijaksanaan uslub Pemuda Pas ini.
Apapun tahniah buat Pemuda Pas kerana sekurang-kurangnya Najib tidak terlalu tertekan dengan cabaran debat oleh Mursyidul Am. Tahniah juga buat Pemuda Umno kerana mereka bijak di dalam mengambil kesempatan ini. Aku cuma nak tengok setakat mana kesannya wacana tersebut. /mandor.blogspot.com

Rabu, 1 Julai 2009
KALI NI AKU SOKONG MP SRI GADING
Oleh: Mandor Spg Dian
BUAT pertama kali ini aku amat-amat menyokong cadangan atau teguran dari MP Sri Gading Datuk Muhamad Aziz terhadap RTM. Terbaru, di dalam Parlimen beliau yang terkenal dengan seorang MP yang aktif berhujah, mengkritik RTM kerana menyiarkan siaran secara langsung perbahasan di Parlimen secara berpilih-pilih dan banyak masa dihabiskan dengan wawancara. Kritikan beliau itu dipersetujui oleh Timbalan Speaker dan menasihatkan RTM agar peka terhadap teguran tersebut.
Ini satu cadangan yang baik dari MP Sri Gading kerana tiada apa yang perlu disembunyikan tentang perbahasan di Parlimen. Rais Yatim mesti menilai semula peranan RTM sebagai penyampai maklumat yang berani dan tepat. Jika di dalam beberapa program atau beritanya RTM sentiasa dipenuhi dengan propaganda untuk memburukkan pembangkang, takkan program siaran langsung perbahasan di Parlimen ini pun tidak boleh dilakukan secara telus? Jika ini pun masih ingin dijadikan bahan propaganda politik kerajaan, lebih baik tak ayah adakan siaran langsung. Menyakitkan hati je. Biarlah rakyat menilai hujah-hujah MP di Parlimen agar semua MP akan lebih berhati-hati atau bertanggungjawab ketika berbahas. Mungkinkah RTM khuatir jika terlihat oleh penonton MP-MP yang tertidor semasa berbahas? Diharapkan RTM boleh menerima kritikan dan cadangan mereka ini untuk berubah dari sebuah stesyen TV yang lebih bermaruah dan berkualiti.

PEMUDA UMNO KUTIP DERMA 10 SEN BAYAR DENDA
Oleh: Mandor Spg Dian
AKU tersenyum bila baca berita dari Malaysiakini yang melaporkan bahawa 4 pemimpin Pemuda Umno yang telah didenda RM1,000 seorang oleh Jawatankuasa Khas Parlimen bersetuju untuk kutip derma 10 Sen dari Pemuda Umno bagi membayar denda tersebut. Inilah masanya untuk menunjukkan perpaduan kononnya. Baguslah idea tu kerana aku pun simpati juga dengan nasib mereka sebab aku tahu puak-puak Umno ni amat sensitif dengan duit. Kalaulah mereka datang jumpa aku, aku akan derma lebih lah sikit mungkin aku akan hulur 30 sen sama harga dengan nilai untuk masuk tandas awam terkencing.
Cuma aku kurang bersetuju bila puak-puak tu kata jika ada kutipan berlebih nanti, mereka nak belikan 2 kerusi roda bagi OKU di Parlimen. Aku tak setuju bukan apa, pertamanya aku rasa biarlah Parlimen yang mengeluarkan peruntukan tersebut bagi menandakan pengiktirafan Parlimen kepada OKU. Atau mungkin juga Pemuda Umno ingin menyindir Parlimen kerana gagal memenuhi keperluan OKU di Parlimen? Seharusnya Tuan Speaker peka dengan sindiran mereka ini. Keduanya, tentu lebih afdhal jika Pemuda Umno gunakan duit berlebihan itu untuk membeli `dua batang nisan' sebagai simbolik kepada Umno sebagai persediaan mereka selepas pilihanraya kecil Manek Urai nanti. Sebab, aku difahamkan Pas telah pun menempah `batu nisan' tersebut awal-awal lagi. Malulah Pemuda Umno jika Pas pula yang belikan `batu nisan' untuk `kubur' mereka.
Ketiganya yang aku kurang bersetuju ialah mengapa beli dua je kerusi roda tersebut? Adalah lebih baik jika dibelikan tiga kerusi roda kerana satu lagi boleh didermakan kepada seorang Adun OKU yang `jenis melompat' di Perak itu? Tentu Adun OKU di Perak tu terasa hati kerana seolah-olah Pemuda Umno tidak menghargainya sedangkan Pemuda Umno bukan tidak tahu betapa besarnya `jasa' Adun OKU tersebut di dalam memberikan `nyawa' Umno di Perak sehingga mendapat kuasa dengan begitu mudah sekali. Atau, mungkin juga Pemuda Umno menganggap Adun OKU Perak tersebut tidak perlu dibantu kerana sudah kaya raya dan bergelar jutawan segera sekarang.
Apa-apa pun aku harap tindakan yang sama jangan pula dilakukan terhadap pihak Polis yang menceroboh Dun Perak yang lalu. Bukan apa, aku kesihan kat Polis kerana maklumlah gaji Polis banyak mana la sangat, kalau kena denda RM 1.000 tak makanlah anak bini mereka nanti. Satu lagi, aku cadangkan apa kata jika akhbar Utusan Meloya atau pun TV3 buat kempen kutip derma seluruh Malaysia seperti kempen derma mangsa Palestine tu untuk bantu Pemuda-Pemuda Umno yang telah `dizalimi' itu? Bukankah mereka-mereka itu pejuang Melayu tulen? /mandor.blogspot.com

TERIMA KASIH SIASAHDAILY
BARU petang tadi aku memberi komen kerana tidak berpuashati dengan Siasahdaily kerana agak lembab di dalam mengemaskinikan beritanya, malam tadi aku bukan balik laman tersebut seperti biasa. Kebetulan, aku lihat laman tersebut telah pun dikemaskinikan dengan berita berkaitan calon Pas di Manek Urai. Meskipun agak basi sedikit berita pengenalan tentang calon Pas tersebut, namun yang penting laman Siasahdaily masih hidup lagi.
Terima kasih banyak Siasahdaily. Diharapkan laman ini terus aktif dengan berita terkini. Jangan khuatir untuk melaporkan sebarang berita terkini kerana akhbar Siasah tetap akan dicari juga. Sudah tentu ada perbezaan dari segi laporan berita antara kedua-duanya. Terima kasih sekali lagi.

Langgan:
Catatan (Atom)