BUAT pertama kali ini aku amat-amat menyokong cadangan atau teguran dari MP Sri Gading Datuk Muhamad Aziz terhadap RTM. Terbaru, di dalam Parlimen beliau yang terkenal dengan seorang MP yang aktif berhujah, mengkritik RTM kerana menyiarkan siaran secara langsung perbahasan di Parlimen secara berpilih-pilih dan banyak masa dihabiskan dengan wawancara. Kritikan beliau itu dipersetujui oleh Timbalan Speaker dan menasihatkan RTM agar peka terhadap teguran tersebut.
Ini satu cadangan yang baik dari MP Sri Gading kerana tiada apa yang perlu disembunyikan tentang perbahasan di Parlimen. Rais Yatim mesti menilai semula peranan RTM sebagai penyampai maklumat yang berani dan tepat. Jika di dalam beberapa program atau beritanya RTM sentiasa dipenuhi dengan propaganda untuk memburukkan pembangkang, takkan program siaran langsung perbahasan di Parlimen ini pun tidak boleh dilakukan secara telus? Jika ini pun masih ingin dijadikan bahan propaganda politik kerajaan, lebih baik tak ayah adakan siaran langsung. Menyakitkan hati je. Biarlah rakyat menilai hujah-hujah MP di Parlimen agar semua MP akan lebih berhati-hati atau bertanggungjawab ketika berbahas. Mungkinkah RTM khuatir jika terlihat oleh penonton MP-MP yang tertidor semasa berbahas? Diharapkan RTM boleh menerima kritikan dan cadangan mereka ini untuk berubah dari sebuah stesyen TV yang lebih bermaruah dan berkualiti.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan