JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Selasa, 21 Julai 2009

UMNO `CEDERA RINGAN' DI MANEK URAI PASAL EZAM TAK DATANG?

Oleh: Mandor.blogspot.com

UMNO mesti dah buat post mortem mengapa mereka `menang' dengan kekalahan di tangan Pas di Manek Urai. Umno merasa megah kerana hanya mengalami `cedera ringan' tatkala bertarung dengan Pas. Pada Umno kalah dan terkangkang di Manek Urai tak penting, janji tidak mengalami `kecederaan teruk' seperti sebelum ini. Meskipun, Umno tewas 0 - 6 di dalam PRK sebelum ini di tangan PR, namun Umno tetap Umno. Bukan Umno namanya kalau sanggup mengaku kelemahan parti mereka. Apakah kelemahan Umno sebelum ini dan apakah kekuatan Umno yang kononnya telah diperlihatkan di Manek Urai baru-baru ini?

Aku kaji berkali-kali mengapa kali ini Umno hanya mengalami `cedera ringan' di tangan Pas iaitu kalah dengan majoriti 65 undi. Setelah aku kaji, selain dari sebab janji dan sogokan pembangunan dan jambatan, anrara lainnya adalah kerana Umno berjaya mengelakkan diri dari mengalami `badi' atau sumpahan dari raja sesumpah Ezam. Mungkin agak lucu atau tak masuk akal, tapi jika kita fikirkan balik ada juga benarnya. Sebelum ini, di mana sahaja raja sesumpah itu datang, pasti akan membawa `badi' buat Umno. Memang `suwey' sungguh raja sesumpah ini buat Umno. Agaknya sudah dimakan sumpah kot budak tu.

Di Manek Urai, aku tunggu-tunggu juga mamat Ezam ni datang bersama kotak-kotaknya, atau paling tidak membawa bersama pencacai seperti Dato' Nalla, Roslan Kasssim atau pun Zahid Md Arip. Tetapi hampa. Raja sesumpah tak datang ke Manek Urai kerana mungkin beliau ingin mencuba samada tanpa beliau mampukah Umno untuk bernafas. Atau, mungkin juga raja sesumpah sudah kehilangan idea untuk berkempen di Manek Urai kerana segala-gala tentang keburukan DS Anwar semuanya dah beliau dedahkan sebelum ini. Malang sekali, kesemuanya yang beliau perkatakan terhadap DS Anwar menambahkan derita buat Umno.

Apabila raja sesumpah ini tak datang ke Manek Urai, hati aku dah mula rasa lain macam seperti ada yang tak kena. Aku memang harap sangat beliau datang untuk menambahkan `badi' atau `suwey' buat Umno di Manek Urai. Nasib Umno sedikit baik kerana raja sesumpah tidak muncul. Kotaknya pun tak nampak. Oleh kerana beliau tidak muncul, Umno dilihat agak baik sikit prestasinya dan kalah dengan mengalami `kecederaan ringan' sahaja. Cukuplah sekadar untuk mengurangkan sikit malu Umno. Mungkin lepas ini Umno akan belajar dari pengalaman bahawa jika Umno ingin menang atau kalah dengan sedikit kecederaan, tidak perlu bawa Ezam menyibuk berkempen.

Apa pun aku harap sangat agar Umno terus menggunakan raja sesumpah ini sekerap mungkin sehingga menjelang Pilihanraya Umum ke 13 nanti. Tanpa Ezam, mana mungkin kita boleh berjaya dengan cemerlang nanti. Hidup raja sesumpah!!/
Lain-lain berita kembali ke Laman Utama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan