JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Jumaat, 3 Julai 2009

KALAU NAK KELUAR DARI PR, ADUN MESTI KOSONGKAN KERUSI

Oleh: Mandor

Kemelut di Kedah masih belum selesai. Kerana sekandang babi, hiruk pikuk semua pemimpin politik, lebih-lebih lagi media yang dikawal Umno. Aku naik jemu dengan pemimpin politik yang tak bijak berpolitik. Mereka hanya tahu, ugut dan ugut. Minta sesuatu tak dapat gunakan ugutan, macamlah sebelum ini baik sangat kerajaan dahulu menjaga mereka. Bila dah ugut, minta pula orang pujuk dia. Pi jahanamlah pemimpin macam ini.

Kebijaksanaan pemimpin yang memerintah juga penting. Orang yang diperintah pun patut faham dan boleh menilai sesuatu kebaikan untuk semua. Jangan menilai berdasarkan kaum semata-mata. Ke mana perginya konsep mesyuwarah? Di mana hilangnya janji untuk susah senang bersama? Aku tak tahu siapa yang patut dipersalahkan dalam kemelut di Kedah ni. Di Selangor, atas kebijaksanaan MB Selangor, banyak isu yang lebih besar dapat diatasi. Di Kelantan, amat baik dan patut dipuji sikap MB Kelantan dalam menangani sebarang permasalahan yang melibatkan kaum-kaum tertentu. Di Kelantan aku rasa orang-orang Cina pun makan babi juga. Aku rasa di Kelantan pun ada kandang babi walaupun tak banyak. Tapi aku tengok MB Kelantan ok je, rakyat pun ok.

Tak tahu pulak aku di Kedah ni. Setahu aku lebih kurang 30 tahun dah kandang tersebut tidak diusik. Pas memerintah Kedah baru je lagi. Apakah selama 30 tahun yang lalu kandang tersebut diberi keistimewaan? Dan, wajarkah keistimewaan tersebut terus diberikan walaupun terang-terang melanggar undang-undang? Pasal DAP Kedah nak keluar dari PR semata-mata pasal kandang babi ni pada aku tiada masalah. Tetapi, cerdikkah DAP Kedah berbuat demikian? Dan, bodohkah jika PR menerima keputusan DAP Kedah tersebut? Aku rasa lagi bodoh kalau PKR Kedah pula terikut-ikut dengan rentak songsang DAP Kedah ini.

Ada cerita kononnya jika DAP Kedah keluar dari PR di Kedah, maka PKR P.Pinang pula akan keluar dari PR P.Pinang. Ini mainan politik apa macam ini? Ingat rakyat ni boleh dimain-mainkan sedemikian rupa? Kalau nak tunjuk hebat atau sombong sangat, aku sarankan sesiapa sahaja dari DAP, PKR atau Pas sekalipun yang pandai-pandai ugut keluar dari PR, sila kosongkan kerusi di kawasan mereka. Biarlah diadakan pilihanraya kecil di situ. Serah pada rakyat balik mandat tersebut. Jangan pandai-pandai nak jual undi rakyat atas kepentingan kelompok masing-masing. Biar kerusi tersebut dapat kepada Umno/Bn pun tak apa daripada kita ada wakil rakyat yang berlagak, bodoh dan sombong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan