100 HARI pemerintahan Najib, kita dapat hadiah? Ada lebih kurang 11 karung hadiah kita dapat. Wah !! bertuah rakyat Malaysia lepas ni dapat hadiah. Dah banyak dah Najib ni kasi hadiah, mula-mula ambil jawatan PM dulu dia `hadiah' kan balik kat isteri-isteri dan waris-waris suami dan anak-anak mereka yang ditahan di bawah Akta ISA tu. Najib pulangkan balik sebagai `hadiah'. Tak tahu la pulak aku sekarang ni kosong ke atau bertambah ke penghuni-penghuni kat Kemunting tu. Kalau ada lagi, agak-agak kena tunggu 100 hari lagi Najib akan jadikan mereka `hadiah' lagi kat anak bini dan waris mereka. Hadiah lagi nanti. Fuhh...
Najib kata diskaun kepada pemegang kad pra bayar tol adalah hadiah. Aku rasa dah berkurun rakyat minta bayaran tol dihapuskan dan inilah juga janji PR jika menjadi kerajaan. PR tak kata itu hadiah, PR kata itu sememangnya hak rakyat. Tapi, Najib tak hapuskan tol tapi dia kasi diskaun dan dia kata itu `hadiah'. Pak Cik kampung aku sms aku, dia kata dia dapat tak hadiah tu? Aku kata, nak dapat kena sokong Umno/Bn lagi, mudah-mudahan kat kampong aku nanti diadakan tol bagi orang kampung, lepas tu boleh lah minta hadiah tu. Pak Cik aku terdiam. Pening kot dia nak fikir. Penduduk di kota pula, mana yang tak ada rumah dan hidup miskin, kerajaan akan buatkan rumah untuk mereka. Itu pun Najib kata hadiah. Banyaknya duit Najib untuk bina rumah tu, baguslah dia tak kedekut. Dia guna duit poket dia untuk bantu orang miskin. Tak macam yang seeorang lagi tu, daripada dia buatkan rumah orang miskin, baik dia bina rumah dia dengan harga 3 juta atau 24 juta tu. Tapi, betul ke Najib guna duit poket dia buatkan rumah untuk orang miskin tu? Kalau bukan duit poket dia, duit datang dari mana? Duit kerajaan? Duit kerajaan adalah duit rakyat. Kalau duit rakyat, hadiah ke tu? Issy...mesti duit Najib tu kan pasal dia kata `hadiah'. PR sebelum ni pun janji benda yang sama jika memerintah pusat, cumanya DS Anwar kedekut nak berjanji kata `hadiah', cuma DS Anwar janji kerajaan akan buatkan guna duit rakyat, bukan duit poket DS Anwar. Itu bezanya.
Mengurangkan kadar jenayah pun `hadiah' juga? Wah ! Tak ada yang tidak hadiah zaman Najib ni. Baik nya budi pekerti Najib. Najib bukan sahaja berjaya mengikuti jejak arwah bapanya Almarhum Tun Razak, tetapi Najib telah mengatasi ayahandanya itu. Zaman ayahandanya, mana ada ayahandanya buat sesuatu program untuk rakyat dia panggil `hadiah'? Pada Almarhum Tun Razak, itu dah sememangnya tanggungjawab pemimpin kepada rakyat. Itulah kehebatan Najib dan kehebatan beliau tentulah kerana kehebatan isterinya Rosmah juga.
Banyak lagilah `hadiah-hadiah' dari Najib kepada rakyat sempena 100 hari beliau menjadi PM ni. Tak terkira. Media siang malam dok kira satu persatu hadiah Najib agar rakyat jangan lupa, terutamanya rakyat di Manek Urai. Maka, berterima kasih lah wahai rakyat atas `hadiah' dari PM 1 Malaysia ini. Jangan berterima kasih je. Faham-faham je la ye orang kat Manek Urai tu.!!
Kalau orang bertanya, samada kita nak `hadiah' atau pun kita nak hak kita? Kalau aku, aku akan jawab aku nak `hadiah paling istimewa' iaitu Najib berundur jadi PM, dan aku nak hak aku sebagai rakyat". Ada member aku dalam satu blog tu pulak kata, kita bukan nak hadiah, kita cuma tak nak Najib je!! Lebih kurang pulak dengan jawapan aku ni ye.
Nak buat macam mana. Selagi ada rakyat yang boleh diperbodohkan selagi itulah rakyat akan tetap menganggap itu adalah `hadiah' walaupun `hadiah' itu datangnya dari duit poket mereka sendiri. Kesihan mereka. Bayangkan kalau ada orang ambil atau curi duit kita, lepas tu dia belikan hadiah yang jauh lebih murah dari nilai duit yang dia ambil, kemudian hadiah tu dia serahkan pada kita. Kita pun meratap dan teresak-esak menangis mengucapkan terima kasih kerana sudi memberikan hadiah. Aduhh....malang dan kesihan sekali.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan