JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Jumaat, 10 Julai 2009

JAWAPAN TERHADAP POSTING TERBARU SAIFUL

Oleh: Mandor.blogspot.com

SAIFUL BUKHARI seorang pemuda yang gagah berani dan mengaku sihat walafiat yang telah mengaku `diliwat' cara paksa oleh DS Anwar seorang tua yang sakit pinggang, baru-baru ini di dalam postingnya yang tersiar di dalam blog beliau melahirkan rasa kecewa kerana perbicaraan tersebut ditangguhkan kerana peguam utama DS Anwar sakit. Aku rasa sepatutnya Saiful ini bersyukur kerana hakim hanya buat keputusan `menangguhkan' sahaja kes tersebut itu pun untuk beberapa hari, sedangkan DS Anwar menuntut jauh lebih dari itu iaitu kes tersebut patut di`bakul sampah'kan.

Saiful mendakwa peguam-peguam DS Anwar yang lain itu banyak `mengutuk' nya sebelum ini dan beliau bertanya mengapa peguam-peguam tersebut tidak meneruskan kerja-kerja yang sepatutnya dilakukan oleh Peguam utama yang sakit itu. Aku nak jawab pasal kutuk tu dulu. Bila masa peguam-peguam DS Anwar kutuk Saiful? Orang ramai aku tak tahulah walaupun setiap hari memang aku dengar di merata-rata orang dok kutuk manusia yang tiada harga diri ini bermegah mengaku diliwat walaupun bukti fizikal diliwat sikit pun tak ada. Kalau ada orang jenis camtu, aku pun kutuk sama. Bohsia yang buat report kena rogol tu pun ada bawa bukti fizikal dan kesan bahawa dia dirogol walaupun hakikatnya suka sama suka. Ini kan pula dipaksa kena liwat. Lupakan tu. Benarkah peguam-peguam DS Anwar mengutuk Saiful?

Apakah dengan kenyataan peguam-peguam DS Anwar serta pendedahannya tentang laporan doktor di Pusrawi, dan 3 doktor di HKL yang menunjukkan Saiful tidak mempunyai kesan diliwat adalah satu kutukan buat Saiful? Itu bukan kutukan, malahan satu tindakan mulia untuk memberitahu orang ramai bahawa tiada bukti fizikal bahawa Saiful diliwat, dan orang ramai perlu tahu mengapa kes ini perlu diteruskan juga. Biarlah orang ramai menilai siapa Saifol dan siapa DS Anwar. Apakah Saifol bimbang tentang pendedahan tersebut?

Saiful juga mempersoalkan mengapa terlalu banyak permohonan daripada DS Anwar kepada mahkamah seolah-olah ingin memperlambatkan kes tersebut. Saiful harus faham ini adalah kes yang terlalu unik. DS Anwar akan berusaha sebanyak mungkin untuk mempertahankan diri beliau sama juga seperti kes yang sama beberapa tahun yang lalu. Dalam kes yang dulu pun, inilah cara DS Anwar untuk mempertahankan dirinya, tapi akhirnya kes tetap berjalan dan DS Anwar terbukti tidak bersalah dalam tuduhan liwat tersebut. Jadi, Saiful tidak perlu bimbang akan usaha DS Anwar ini, dan Saiful juga jika perlu kena juga berusaha jika merasa memang benar beliau telah diliwat. Apakah ini tidak memberi keadilan lagi buat Saiful? Setakat ini kes belum dibuang walaupun tiada kesan fizikal langsung bahawa Saiful diliwat. Tidakkah ini menguntungkan Saiful dan menganiyai DS Anwar?

Saiful turut mengungkapkan rasa sedih beliau kononnya ini semua adalah sandiwara. Aku nak bertanya siapa yang bersandiwara sebenarnya? Apakah manusia yang pergi jumpa Najib di Pejabat TPM untuk mohon biasiswa walaupun gagal dalam pengajiannya itu yang bersandiwara? Apakah manusia yang terlalu mudah memasuki rumah TPM untuk `berbincang dan mengadu' itu bersandiwara? Atau, adakah manusia yang dikatakan kerap berhubung dengan mindeff itu juga bersandiwara? Siapa yang bersandiwara dengan Sumpah Laknat menjelang Pilihanraya Kecil Permatang Pauh kemudiannya didapati sumpah tersebut tidak menepati kaedah agama itu?

Kalau aku jadi Saiful aku rasa lega kerana sehingga kini lebih kurang setahun dah kes Qazaf yang difailkan oleh DS Anwar di Mahkamah Syariah masih belum disebut. Sedangkan mengikut Islam. kes tuduhan zina atau liwat yang melibatkan sesama Islam sewajarnya dibicarakan di Mahkamah Syariah bukan mahkamah sivil. DS Anwar telah mematuhi kaedah yang dituntut oleh agama ini. Sekali lagi Saiful patut bertuah kerana kes Qazaf masih ditangguhkan. Dan, sekali lagi DS Anwar hilang haknya.

Cuba renungkan baik-baik dengan hati yang terbuka dan penuh keimanan bukan dengan dendam kesumat yang membara. Terlalu banyak keistimewaan yang diperolehi oleh Saiful di dalam kes dan tuduhan beliau ini. Rakyat bukan sahaja mahukan kes ini ditangguh, bahkan lebih wajar kes ini di`bakul sampah'kan dan Saiful perlu bermuhasabah diri. Jangan tunggu sehingga kamu tidak lagi berada di dunia yang fana' ini seperti yang terjadi kepada Peguam Negara Allahyarham Mokhtar Abdullah, Dr Qristina dan Penulis Buku `10 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM' iaitu Almarhum Khalid Jaffri di mana buku tersebut adalah permulaan kepada konspirasi terhadap DS Anwar sebelum ini. Kesemua mereka telah kembali menemui Tuhan mereka. Mudah-mudahan Allah memberi keampunan kepada mereka.

1 ulasan: