Aku tonton Berita Astro Bernama melaporkan bahawa jumlah penyokong yang mengiringi calon Umno di Manek Urai pagi tadi seramai lebih kurang 10 ribu. Jumlah yang sama juga dikatakan mengiringi calon Pas. Peliknya, semasa berita jam 12 tengahari tadi, TV astro yang dikatakan terlalu telus dan pantas menyampaikan berita tidak pula menyiarkan gambar sedangkan penamaan calon telah pun berakhir. Kenapa tidak keluar gambar? Sendiri fikir la.
Aku baca pula kat KLpost, dilaporkan penyokong Umno berjumlah sekitar 2 ribu manakala penyokong Pas pula seramai 5 ribu. Itu pun dah puas kot mereka `adjust' nak kasi jangan terlalu `mengaibkan' Umno. Jauh beza tu dengan laporan Astro di Bernama TV. Aku belek pula kat Metro, jumlah penyokong adalah sama seperti yang dilaporkan oleh Astro Bernama TV. Penyokong sama banyak macam sudah berpakat pulak. Begitulah keadaannya bila Mathematik diajar dalam bahasa Inggeris, ramai yang jadi buta angka.
Di zaman IT ni, tak perlulah media-media kerajaan nak menipu lagi. Rakyat boleh tengok sendiri kat internet dan mereka boleh nilaikan. Sikap untuk menjaga hati pemimpin Umno ni lah salah satu punca Umno/Bn tertiarap dalam pilihanraya. Mereka tidak memberikan maklumat yang betul kepada pemimpin. Sewajarnya beritahu hakikat sebenar walaupun pahit untuk ditelan. Cuba kita baca akhbar pencacai esok, sudah pasti jumlah yang diperkatakan itu berubah-ubah dan berbeza. Yang pasti, mereka akan melaporkan penyokong Umno teramatlah ramainya. Itulah yang berlaku di dalam pilihanraya kecil di beberapa kawasan sebelum ini. Akibatnya, Umno/Bn tertiarap akibat sering syok sendiri./mandor.blogspot.com

mcm tu la adat membodek yg dok di amalkan oleh media UMNO....yg sedapnya haji bakhil...yg teroknya labu dan labi..jadi pencacai
BalasPadam