JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Ahad, 5 Julai 2009

MARI!! MARI !! BEG SEKOLAH PERCUMA!! TAPI DI MANEK URAI SAJA OK

Oleh: Mandor

LEMBAB. Itu je aku boleh bagitau tentang Kementerian Pelajaran yang terlalu lembab untuk memberikan bantuan berupa beg sekolah dan uniform kepada pelajar-pelajar. Sekarang dah masuk pertengahan tahun dah, baru nak beri? Lagi la pelik bila yang dapat tu kat Manek Urai je itu pun secara beransur-ansur. Tempat lain tak ada budak sekolah ke? Atau semuanya di tempat lain tu kaya-kaya belaka? Sebenarnya saja je aku buat-buat tanya soalan tu. Aku tahu Justify Fullsangat jawapannya mengapa tiba-tiba pula ada bantuan beg dan uniform sekolah secara percuma ni. Kat Manek Urai pulak tu. Tak tahu lah aku kot-kot SPR `buta mata' atau buat-buat tak faham pulak. Kisahnya boleh baca la kat sini..

Tu pasal ramai orang tak percaya bila kata Umno dah berubah sekarang. Rakyat dah tengok banyak kali Umno takkan berubah sejak dari dulu, kini dan selamanya. Itulah taktik mereka bila menjelang pilihanraya. Masa inilah mereka sibuk nak menderma, sibuk nak tolong menoreh getah, sibuk nak tumpang tidor rumah orang miskin, sibuk nak beri bantuan beg sekolah dan macam-macam lagi. Masa pilihanraya kecil kat Sanggang dulu pun aku ingat lagi bagaimana sibuk dan rajinnya Puteri-Puteri Umno tolong orang kampung membasuh pakaian kat telaga. Agak-agaknya ada lagi tak tukang basuh tu buat kerja basuh kain kat Sanggang sekarang ni? Kirim salam, beb.

Sekarang ni, mai kat Kelantan pulak jual minyak. Bawa taktik lama dan usang tu. Umno silap besar. Mereka salah tempat nak jual minyak dan bukan tempatnya untuk Umno `berlakon'. Kelantan mungkin negeri yang Umno boleh kata miskin, tapi rakyat Kelantan tak miskin akal dan tak miskin maruah mereka. Jangan ingat rakyat Kelantan nak jual negeri dan agama mereka dengan sebiji beg sekolah Mydeen tu. Jangan ingat orang Kelantan terpedaya dengan sebatang dua pokok getah yang mereka toreh sampai luka-luka batang getah tu. Umno memang takkan berubah. Itulah Umno yang perangainya tak ada pada parti lain di dunia ini.

Biarlah mereka `buang tabiat' sebelum `ajal' tiba di Manek Urai. Orang Kelantan tetap pegang petua," Beri Gula Kita Kacau, Beri Kain, Kita Sarung, Beri Beg Kita Sandang, Beri Baju Kita Pakai, Beri Duit Kita Dermakan Pada Pas.....namun, Undi tetap Pas." /mandor.blogspot.com

1 ulasan:

  1. Sungguh bertuah rakyat Manik Urai..nampaknya Umno betul2 tak tipu..janji Umno utk jadikan Manik Urai kawasan anak angkat sekiranya memenangi PRK itu telah dibuktikan awal2 lagi..katanya, ini sebagai tanda ingatan dan pernghargaan dari pihak kementerian pada seluruh rakyat Manik Urai..sungguh 'bijak' dan 'bernas' sekali alasan ini..

    Ternyata, 'kuasa' yg ada pada Umno tiada tolok bandingnya, tiada siapa yg mampu melawan dan menggugat 'kuasa' yg ada pada Umno, selaku parti tonggak pemerintah..betul lah kata 'orang', BN itu ialah 'Beri Nikmat'...'BN perintah, rakyat senang', dan sebagainya..

    Penulis yakin, tawaran (baca rasuah) wang dan hadiah kepada rakyat Manik Urai ini bukanlah yg terawal dan yg terakhir..pertarungan sebenar baru bermula esok, ini bermakna, penduduk Manik Urai berpeluang untuk menjadi OKT (Orang Kaya Baru) hanya dlm beberapa hari sahaja lagi..minta lah apa yg diidamkan, tuntutlah apa yg diinginkan, nascaya Umno mampu merealisasikannya..

    Apa pun itu perancangan mereka, pada fikiran mereka sejak dulu kini dan selamanya, dgn tawaran (baca rasuah) berupa wang dan hadiah sebegitu, maka undi pastinya akan beralih arah kdp mereka..tapi mungkin mereka terlupa, negeri Kelatan bukanlah seperti negeri2 lain, orang Melayu Kelantan bukanlah seperti orang Melayu Johor atau Terengganu..

    Jika Melayu negeri lain, cukup diberi mesin jahit dan beras sekampit, undi ternyata terarah kepada lammbang 'dacing', tetapi di Kelantan situasinya cukup berbeza..rakyat Kelantan sudah berpengalaman selama lebih 20 tahun..walaupun ditawar segala harta benda dan kesenangan, undi mereka tetap setia kepada lambang 'bulan'..bak kata Tok guru, beri wang kita ambil, beri gula kita kacau, beri beras kita tanak, tapi bila undi, undilah 'bulan'...=)

    wallahua'lam..

    http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2009/07/menjelang-penamaan-calon-n41-manik.html

    BalasPadam