JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Selasa, 7 Julai 2009

TERNAK BABI DIBENARKAN, TAKKAN LOKASI PUN KERAJAAN NAK CARIKAN?

Oleh: Mandor

AKU naik pening la dengan penternak-penternak babi kat Kedah ni. Kerajaan Negeri sudah kasi kebenaran untuk menternak babi, tapi carilah kawasan yang bersesuaian sikit. Ladang babi yang kerajaan robohkan itu memang patut diroboh pasal tak ada lesen dah sekian lama. Selama ini tokeh-tokeh babi ni tak cari jalan ke nak ikhtiar mana-mana tempat yang bersesuaian? Tempoh dah diberi untuk mencari lokasi baru takkan tak dapat-dapat juga? Nak suruh kerajaan carikan ke? Senang banyak la camtu.

Kalau orang lain bina kandang kambing atau lembu merata-rata, tentu mereka pun tak setuju. Janganlah ambil kesempatan di atas dasar kerajaan yang berkebajikan sehingga menutup mata di atas peraturan dan undang-undang. Ini bukan soal perkauman, tetapi ini soal peraturan yang boleh menjamin kesejahteraan masyarakat. Penternak-penternak babi harus mendahulukan masyarakat terbanyak daripada kepentingan beberapa ratus ekor babi tersebut. Tiada salahnya mereka ternak babi kerana itu makanan mereka, tetapi tolonglah hormati peraturan.

Sepatutnya isu babi ini tidak menimbulkan perbalahan besar sampai sanggup nak keluar dari PR. Ini fikiran tak siuman. Kita bimbang nanti kalau kerajaan negeri berlembut sangat dengan penternak-penternak seperti ini, satu hari nanti penternak-penternak lembu, kambing, ayam daging kesemuanya bebas untuk memilih kawasan penternakan yang mereka suka. Gunakan lah akal sikit, jangan termakan dengan dakyah puak-puak yang pentingkan diri masing-masing je. Aku sokong sangat kerajaan negeri bertindak tegas kepada sesiapa jua yang tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan. Kita manusia mesti ada peraturan kerana kita bukan sebahagian daripada babi tersebut.

Aku harap DAP Pusat pandang serius tindakan Adun DAP di Kedah ini yang terang-terang melanggar semangat kerjasama dalam PR. Jelas Adun DAP tersebut langsung tidak berdisiplin sebagai ahli parti. Mengapa DAP tidak mengambil tindakan tegas kepada Adun terbabit yang sesuka hati istihar keluar dari PR di Kedah? Bukankah sebelum ini ada pemimpin DAP yang berkata PKR mesti mendisiplinkan ahli-ahli dan pemimpin mereka? Nah, sekarang bagaimana dengan disiplin Adun DAP Kedah ini?

Aku harap isu ini akan dapat diselesaikan dengan adil dan bijaksana. Kerajaan negeri diharap tidak berkompromi dengan mereka yang jelas mencabar peraturan dan undang-undang. Hak mesti diberikan kepada mereka (penternak babi), dan mereka juga mesti mengiktiraf peraturan dan undang-undang kerajaan negeri. DAP Pusat pula mesti tegas di dalam perkara ini.

1 ulasan:

  1. Mungkin budak Thomas n frends tu dah di suap
    oleh puak BN utk mengharu birukan pakatan di kedah...
    Org mcm nie tak layak ada dlm PR....tikam kawan...

    BalasPadam