JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Selasa, 14 Julai 2009

KEMENANGAN ATAU KEKALAHAN DALAM SUASANA DEMOKRASI YANG HANCUR

Oleh: Mandor.blogspot.com

RAKYAT di Manek Urai kini sedang mengundi samada nak pilih Umno atau Pas. Setakat artikel ini aku tulis, sudah lebih 70 % yang keluar mengundi. Masa masih panjang dan peratusan keluar mengundi kali ini mungkin mengejutkan. Sebenarnya lebih ramai yang keluar mengundi lagi baik untuk sistem demokrasi kita. Tapi, awal-awal lagi sistem demokrasi sudah ranap kat Manek Urai ini. Justeru itu, apalah ertinya betapa ramai pun yang keluar mengundi jika sistem demokrasi itu terlebih awal dirosakkan?

Kempen di dalam sesuatu pilihanraya adalah sebahagian daripada sistem demokrasi. Tetapi berkempen dengan menggunakan jentera kerajaan seperti TV dan radio bagi sebelah pihak sahaja tentunya merosakkan sistem demokrasi ini. Apakah ini tidak berlaku sepanjang kempen di Manek Urai? Unsur rasuah atau sogokan dari sesiapa juga bagi mendapatkan undi adalah salah besar di dalam sistem demokrasi lebih-lebih lagi dalam ajaran agama. Menjanjikan sesuatu projek atau imbuhan seperti pembangunan atau jambatan baru JIKA menang di dalam pilihanraya merupakan satu unsur rasuah dan sogokan. Jika ianya tidak berunsur rasuah, apakah yang patut dan wajar kita gelar perbuatan ini? Apakah ini tidak berlaku di Manek Urai?

Oleh yang demikian, sesiapa yang menganggap bahawa sistem demokrasi yang diamalkan di dalam PRK Manek Urai ini sebenarnya terlebih awal dicemari merupakan satu pandangan yang tepat dan tidak boleh ditolak. Tidak perlu dibuktikan di sini, kerana seluruh dunia yang mengikuti perkembangan di Manek Urai secara jelas dan nyata melihat bukti-bukti tersebut. Cuma, setakat manakah pihak-pihak yang bertanggungjawab berani bertindak ke atas pelaku kerosakan demokrasi seperti ini. Jika tiada tindakan dilakukan, usahlah lagi bercakap pasal ketelusan dan transformasi kononnya.

Calon mana sekali pun yang memenangi PRK Manek Urai nanti tidak dapat mengubah anggapan masyarakat terhadap amalan demokrasi yang ada di negara kita ini sekarang. Sekiranya, Nau'zubillah, Umno menang di dalam PRK Manek Urai nanti, Umno sewajarnya menang di dalam situasi tersebut. Jika InsyaAllah, Pas pula yang menang, maka timbul persoalan mengapa Umno boleh tewas dalam keadaan sistem demokrasi yang sedemikian. Pendek kata, menang atau kalahnya Umno akan meninggalkan kesan dan parut yang teramat jelek di dalam amalan sistem demokrasi di negara kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan