JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Isnin, 13 Julai 2009

IBRAHIM KATAK PERLEKEH DOA TUAN GURU NIK AZIZ?

Oleh: Mandor.blogspot.com

KATAK PURU Pasir Mas berbunyi lagi di Manek Urai. Boleh baca kat sini. Kali ini Katak tersebut memperlekehkan doa Tuan Guru Nik aziz. Beliau berkata sudah 20 tahun Nik Aziz berdoa tapi rakyat Kelantan tetap minum `air tandak'. Itulah cara katak berfikir kerana spesis katak sememangnya memikirkan perut semata-mata. Setiap doa mestilah pentingkan perut dulu, makan dan minum. Itu je fikir si katak ni.

Katak tidak terfikir dengan doa Tuan Guru pada awal Subuh semasa hari mengundi di dalam Pilihanraya Umum Ke 12 yang lalu, doa beliau dimakbulkan dengan terselamatnya Kelantan dari Umno yang sebelum itu Umno hanya kurang satu kerusi. Berkat doa Tuan Guru dan sekelian pendokong Islam di Kelantan khususnya, Kelantan mencapai kemenangan besar termasuk kerusi yang kini ditenggek oleh raja katak tersebut adalah hasil berkat dari doa Tuan Guru. Aku aku Pas tersilap semasa memilih raja katak bertanding di Pasir Mas. Kelemahan Tuan Guru yang kekal sehingga kini adalah terlalu menyangka baik pada seseorang yang kononnya telah insaf. Ternyata raja katak tetap katak. Pengampu tetap pengampu dan beliau tidak lagi ada rasa perasaan bersalah atau malu lagi. Alang-alang menjadi katak, biar sampai menjadi puru. Akhirnya, katak akan `mati katak', mati yang tidak bermaruah sebagai ahli politik.

Aku harap raja katak tidak tersalah tempat untuk mengutuk dan mempersendakan Tuan Guru Nik Aziz. Aku juga berharap usaha raja katak akan berbaloi selepas ini samada Umno atau Pas yang akan memenangi pilihanraya kecil Manek Urai ini nanti. Aku fikir, jika ular terjumpa katak dari jenis ini, ular sendiri tidak akan lalu untuk makan katak tersebut kerana terlalu jijiknya ular pada katak spesis ini. Itulah raja katak Pasir Mas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan