JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Rabu, 15 Julai 2009

PENGAJARAN DARI MANEK URAI - UMNO TIDAK BOLEH DIJADIKAN SAHABAT

Oleh: Mandor.blogspot.com

APA pengajaran yang kita perolehi di Manek Urai baru-baru ini? Bukan soal kita menang hanya 65 majoriti dan bukan soal Umno tingkatkan majoritinya. Apa yang lebih penting untuk dijadikan pengajaran adalah bagaimana kita melihat Umno bermain dengan politik mereka. Butakah mata kita melihat betapa bersungguh-sungguhnya Umno untuk menjatuhkan Pas di Kelantan sehinggakan mereka sanggup melanggar apa jua semangat demokrasi. Apakah kita hanya patut mengeluh dan berkata,'oohh..itu biasa bagi Umno...," apabila kita lihat dengan mata kepala kita sendiri bagaimana mereka `membuli' dan `memperbudakkan' rakyat di Manek Urai? Tidakkah janji untuk memberi pembangunan dan jambatan JIKA Umno menang adalah merupakan satu unsur rasuah dan `buli'?Justify Full
Lihat pula bagaimana provokasi yang telah berlaku sehingga tercetusnya peristiwa berdarah membaling botol dan batu. Siapakah pihak pertama yang ditangkap serta dihebohkan di media-media kerajaan sebagai pengganas dan pencetus pergaduhan? Ahli dan penyokong Pas bukan? Maknanya penyokong-penyokong mereka yang datang ke Manek Urai semuanya baik-baik seperti Malaikat belaka. Pas sedar atau tidak permainan mereka ini? Pas sedar atau tidak bahawa kemenangan Pas yang mampu memperolehi majoriti kecil ini sebenarnya adalah hasil dari segala permainan mereka ini? Kita bernasib baik kerana masih mempunyai penyokong yang begitu istiqamah dengan perjuangan. Syabas buat mereka.

Setelah kita menyaksikan semua ini, aku nak bertanya semula kepada sesiapa yang sudi membaca tulisan aku kat sini. Apakah Pas masih serasi untuk berbincang dengan Umno selepas ini? Apakah Umno sudah semakin berubah atau sekurang-kurangnya telah menunjukkan sikap untuk berubah? Benarkah Umno begitu ikhlas inginkan perpaduan Melayu setelah apa yang mereka perlihatkan di Manek Urai ini? Nasib baik Umno kalah, jika Umno menang aku tak tahu berapa jilo sehari dan semalam mereka mengutuk Pas. Dalam keadaan kalah pun, kita lihat media-media mereka tetap menganggap Pas samseng dan bertindak ganas sampai berdarah-darah Puteri Umno kesayangan mereka oleh perbuatan Pas. Inikah rupanya parti yang ingin kita dampingi?

Sudahlah wahai Pas. Cukuplah sampai di sini. Rakyat naik bosan dengan sikap kita yang terlalu berbaik sangka dengan musuh yang terang-terang menganiayai kita. Ini pengajaran sebenarnya agar kita lebih kenal siapa itu Umno. Aku harap sangat agar Pas jangan sebut lagi untuk berbincang atau bersemuka dengan Umno. Simpati aku pada rakyat di Manek Urai terlebih tinggi daripada simpati aku terhadap Umno yang nazak itu. Kini, rakyat di Manek Urai terkontang kanting dengan igauan janji pembangunan dan sebuah jambatan yang tidak akan wujud di Manek Urai. Tiada pembangunan, tiada jambatan kerana Umno tewas. Tidak zalimkah ini? Berhajat lagikah Pas untuk berbincang dengan Umno?

Apabila Tuan Guru Nik Aziz pelawa Najib untuk berdebat aku masih menaruh harapan agar Umno ikhlas. Namun Najib menolaknya dengan berbagai alasan. Apabila YB Husam Musa mempelawa Umno bersama Petronas untuk sertai debat atau forum berkaitan royalti minyak di Kelantan, mereka menolaknya lagi. Sampai bila kita nak tunggu dan melihat Umno ikhlas? Percayalah, Umno akan tetap mainkan kita sehingga menjelang pilihanraya umum ke 13 nanti dan mereka akan pergunakan isu perpaduan ini sebagai senjata utama mereka. Ini telah dilakukan di Manek Urai dan terbukti ianya amat berkesan buat Umno.

Aku tidak berani bercakap banyak kerana nanti dikatakan sebagai tidak berjiwa Islam dan menghalang perpaduan pula. Orang yang berjiwa Islam ini seperti MSO (Mohd Sayuti Omar) yang sampai sekarang mengulas tentang kerajaan perpaduan dan perbincangan Umno-Pas. Tulisan beliau yang terbaru mengulas tentang keputusan PRK Manek Urai tidak tinggal dari menyebut perkara tersebut, sehinggakan beliau menganggap penolakan Pas Kelantan terhadap Us Nasha adalah faktor Pas kehilangan sokongan. Soalnya, betulkah Pas menolak kehadiran Us Nasha untuk berkempen atau Us Nasha sakit? Aku rasa orang yang `sakit' paling serius adalah MSO sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan