UMPAN pertama Pas telah pun dimakan oleh Umno dengan isu Kerajaan Perpaduan. Umno termalu dengan sikap tamak dan lapar mereka kepada Pas. Kemudian Tuan Guru Nik Aziz hulur umpan yang lebih besar iaitu debat, tapi Umno tak lalu nak makan pasal dia tahu umpan itu penuh beracun. Lanjutan daripada itu, Pas terus menyediakan umpan demi umpan tatkala Umno sememangnya tengah lapar teramat sangat. Maka, Pemuda Pas pusat pun mencipta umpan yang agak sederhana bagi menggantikan umpan yang dipasang oleh Tuan Guru Nik Aziz.
Pemuda Pas menggunakan istilah `wacana ilmiah' untuk diselitkan di mata joran dan sekarang masih menunggu samada umpan tersebut dimakan atau tidak. Tetapi Umno semakin berhati-hati dengan umpan yang dipasang oleh Pas. Mereka menguji pula Dewan Muslimah Pas agar mengadakan perbincangan dengan Wanita Umno. Setelah Shahrizat Jalil mengutuk dan menghina kerajaan Pas Kelantan dengan mengatakan negeri tersebut tersangatlah miskin, bahkan menyindir gambar Tuan Guru Nik Aziz berdoa, Wanita Umno tidak segan untuk meminta umpan yang lain dari Pas. Maklumlah, orang tengah lapar.
Bagi tidak menghampakan Umno, Presiden Pas menyediakan pakej baru dengan umpan yang seakan-akan sama dengan Kerajaan Perpaduan. Tuan Guru Hj Hadi berkata Pas tiada masalah untuk berbincang dengan Umno demi rakyat dan negara ini. Kali ini umpan tersebut boleh lah tahan dan Umno tidak perlu berfikir panjang jika terasa lapar kepada perpaduan bersama Pas. Tak kisahlah Umno dah buat macam-macam pada Pas pada masa lampau dan sekarang, tapi jika Umno teringin juga nak makan umpan yang terbaru ini terpulanglah. Umno tahu dan sedar bahawa Pas tidak pernah meletakkan umpan yang haram untuk dimakan, tetapi Umno mungkin terfikir kalau umpan tersebut dari jenis yang halal untuk dimakan, bagaimana pula dengan mata kail tempat umpan tersebut disangkutkan? Ahh, ini merumitkan juga.
Rakan-rakan di dalam PR yang lain cuma nak perhatikan saja adakah umpan tersebut mengena atau tidak. Jika nasib baik dan mengena, kalau Pas tak mampu nak tarik joran naik ke atas, rakan-rakan dalam PR bersedia bila-bila masa untuk membantu. Cuma, kena berhati-hati sikit, takut juga kalau-kalau umpan tak dimakan tapi tangan kita pula terluka terkena mata kail. Arghh...parah juga dibuatnya. / mandor.blogspot.com

Tiada ulasan:
Catat Ulasan