JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Khamis, 30 Julai 2009

KHIR TOYO MENGIGAU LAGI?

Khir Toyo didesak buktikan 4,000 pusat hiburan haram di Selangor
Saidah Hairan
Thu | Jul 30, 09

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Hrkh) - Ketua Pembangkang, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo didesak menyenaraikan tempat dan kawasan yang didakwanya mempunyai pusat judi, hiburan dan spa haram yang berjumlah sebanyak 4,000 buah di seluruh Selangor sejak kerajaan Pakatan Rakyat memerintah.

Pengerusi Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu Tian Khiew mempersoalkan bagaimana Khir boleh mengetahui terdapat 4,000 pusat hiburan haram beroperasi di negeri Selangor.

Beliau mendakwa adakah pusat hiburan haram dibuka oleh kroni Khir, jika tidak bagaimana beliau boleh mengetahui banyak pusat hiburan haram wujud di Selangor.

Ini kerana katanya, semua permit pusat hiburan haram dikeluarkan oleh kerajaan Pusat dan tidak ada satu pun yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri.

Pihak Majlis Berkuasa Tempatan (PBT) tambah beliau tidak mempunyai kuasa untuk menangkap dan menghukum pemilik pusat hiburan haram.

"Semua kuasa untuk menangkap dan menghukum pemilik pusat hiburan haram terletak di tangan pihak polis malangnya pihak polis tidak melakukannya," dakwa beliau.

Tambah beliau kuasa PBT hanya boleh menyita pusat hiburan tersebut tetapi kebanyakan selepas disita pemilik hiburan itu akan membuka semula dan beroperasi seperti biasa.

Menurut beliau, polis memang mempunyai kuasa untuk menghalang pusat hiburan haram daripada beroperasi tetapi polis negeri Selangor tidak memberi kerjasama yang baik dalam masalah ini.

Katanya, mereka lebih mendengar arahan daripada pihak kerajaan Pusat bukan daripada kerajaan negeri.

Khir Toyo mendakwa terdapat lebih 4,000 tempat judi, hiburan dan spa beroperasi secara haram sejak pakatan pembangkang memerintah negeri itu.

Menurutnya, sebelum ini lesen pusat hiburan, judi dan spa dihadkan kepada 700 sahaja tetapi mengikut Majlis Keselamatan Negara (MKN) terdapat lebih 4,000 pusat itu di Selangor sekarang.

"Saya yakin kewujudan banyak pusat seperti ini di Selangor kerana ada ahli politik bertindak sebagai pelindung kepada kumpulan-kumpulan kongsi gelap memandangkan semasa (BN), lesen untuk pusat hiburan, judi dan spa dihadkan kepada 700 buah.

"Secara rasmi memang lesen pusat-pusat tersebut tidak dikeluarkan lagi tetapi kalau kita lihat pusat judi, hiburan dan spa tumbuh macam cendawan di Selangor, saya percaya kesemuanya dibuka secara haram," dakwanya. - lanh _

Tiada ulasan:

Catat Ulasan