JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Jumaat, 3 Julai 2009

TAHNIAH PEMUDA PAS, TERUSKANLAH!!

Oleh: Mandor

TABIK Spring buat Ketua Pemuda Pas yang baru. Aku tengok hebat sungguh Ketua Pemuda Pas yang baru ni dalam usahanya `berdakwah' dengan Umno. Pemuda Pas mungkin akan diwakili oleh Ketua Pemudanya dan orang-orang kuat Pemuda Pas, manakala Pemuda Umno mungkin juga KJ (KJ ? bukan yang dikatakan terlibat dalam politik wang tu ke?) dan Naib Ketua Pemuda Umno serta beberapa orang kuatnya. Kali ini katanya bukan debat, bukan Kerajaan Perpaduan, tetapi di`jenama'kan dengan nama `Wacana'. Hebat!!

Sudah pasti program yang diatur oleh Pemuda Pas ini telah mendapat restu dari pimpinan tertinggi Pas termasuk dari Majlis Syura Ulamak Pas atau dari Mursyidul Am Pas kerana wacana ini adalah melibatkan parti. Kalau dakwah atas nama individu, Ketua Pemuda Pas atau sesiapa pun boleh jumpa pemuda-pemuda Umno tu bila-bila masa. Tapi ini atas nama parti, tentu Pemuda Pas telah mengikuti saluran parti yang sewajarnya. Seandainya belum mendapat kebenaran atau restu dari pucuk pimpinan parti, agak-agak betul ke cara Pemuda Pas tersebut?

Tak kisahlah, atas jenama apa pun janji Pemuda Pas boleh duduk semeja dengan Umno yang siang malam rakyat menyiapkan `kubur' untuk ditalkinkan parti tersebut. Aku tak mahu nak kata wacana itu mengarut tetapi jika ada yang fikir wacana itu mengarut serta tidak akan memberi kesan sedikit pun kepada Umno untuk berubah, aku kira setuju je. Aku tengok orang mula dah bercakap pasal kenapa tiba-tiba je Umno begitu seronok hendak duduk semeja dengan Pas. Media mereka pun bukan main lagi memperbesarkan usaha `dakwah' Ketua Pemuda Pas tersebut. Ini benar-benar hebat. Baru-baru ini bila rakan-rakan dari PKR nak buat forum kira lebih kurang macam wacana la kot dan menjemput Ketua Pemuda Pas hadir bagi menjelaskan isu Kerajaan Perpaduan, tak mahu pula beliau hadir. Kali ini beliau siap buat sidang akhbar dengan berpakaian cukup cantik di Parlimen berganding bahu dengan Naib Ketua Pemuda Umno mengumumkan untuk mengadakan wacana tersebut.

Aku tak nak bersangka buruk, cuma aku harapkan dakwah dan tarbiyah Ketua Pemuda Pas itu akan berhasil di dalam memperkuatkan Pas dan PR. Tabik spring lagi buat Pemuda Pas. Pemuda-Pemuda PR dari PKR dan DAP tak dijemput sekali ke? Kalau tak dijemput, Sabar je laaa...../mandor.blogspot.com

2 ulasan:

  1. aku pun setuju juga. Biaq KJ belit leher Ketua Pemuda Pas tu dengan serban yang dia pakai.....

    BalasPadam
  2. MANGKUK-MANGKUK PEMUDA PAS NI TERHEGEH SANGAT NAK 'BERWACANA' PASAI APA ? ADA APA-APA KA ATAU SAJA NAK KENA ? NANTI UMNO BAGI BUAH KANA ! BARU TIDO TAK LENA ! PODAAAH PEMUDA UMNO NAK BERWACANA KONON DENGAN PEMUDA PAS ! AWAT LA SENANG SANGAT PERCAYA KAT UMNO SANG KELENTONG BESAK PUNYA ! SAJA PEMUDA PAS NAK TERJUN MASUK KANDANG TAIK !

    BalasPadam