JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Sabtu, 11 Julai 2009

DOKTOR GIGI KERJAYA PALING LUMAYAN

Oleh: Mandor.blogspot.com

SIAPA kata jadi doktor tidak boleh kaya di Malaysia? Aku pun baru tahu bahawasanya menjadi doktor pendapatannya lumayan lebih-lebih lagi doktor gigi. Korang tak percaya ke? Kalau tak percaya cuba tanya doktor gigi merangkap MB pencen Khir Toyo. Jangan kita pandang serong sekarang doktor gigi, walaupun doktor gigi kat kawasan rumah aku ni cuma menyewa rumah berharga RM400 sebulan. Doktor pakar gigi pulak tu, tapi nampak je cam tak kaya. Entah-entah rumah dia berharga berjuta-juta agaknya.

Bertuah kita punyai anak Melayu berdarah Jawa cam Khir Toyo yang boleh membuktikan bahawa anak Melayu bekerjaya doktor di samping menjadi Wakil Rakyat serta pencen MB, mampu menjadi jutawan dengan memiliki rumah berharga lebih kurang RM 3 juta, katanya. Betul atau tidak RM 3 juta itu aku tak tahu, tapi ada yang kata RM 24 juta. Kalau RM 24 juta pun apa salahnya kerana pendapatan doktor gigi amat lumayan apatah lagi klinik siap ada eksesori gigi lagi. Tentunya klinik Khir Toyo setiap hari ada pelanggan bikin aksesori yang mahal-mahal tu. Tak banggakah kita sebagai anak Melayu. Yang lebih membanggakan kekayaaan yang diperolehi oleh Khir Toyo adalah selepas beliau menjadi MB Selangor, sebelum itu korang mesti tahu bagaimana keadaan rumah Khir Toyo kan?

Aku dengar cerita rumah mewah Khir Toyo tu adalah diperolehi dengan cara hutang. Pinjaman bank, katanya. Ada yang kata bayaran bulanan lebih kurang RM 18 ribu. Wah, hebat potongan banyak tu mengalahkan gaji menteri. Tun Mahathir jangan jeles pula kalau Tun tak dapat miliki rumah semewah itu walaupun Tun dah jadi PM berbelas tahun dan Tun juga seorang doktor. Sebabnya Tun mungkin tak bekerja lepas pencen jadi PM dan tak ada klinik apatah lagi aksesori. Tun cuma dapat elaun yang agak lumayan juga jadi Penasihat Petronas kot. Takpe lah, Tun pun bukanlah miskin sangat.

Oleh kerana Khir Toyo ni telah pun mengangkat martabat doktor-doktor pergigian Malaysia, aku rasa tak salah jika ada yang sudi menghadiahkan kepada beliau jam tangan yang berharga ratusan ribu sebagai tanda penghargaan. Dulu aku dengar dah ada yang hadiah kan jam tu, tapi kecoh punya pasal jam tu dipulangkan balik. Elok lah diberi jam tu sebagai hadiah, jangan dihadiahkan penyapu sudahlah. Nasihat aku, kita didik lah anak-anak kita supaya rajin belajar dan agar boleh menjadi doktor gigi yang berjaya seperti Dr Khir Toyo. Dapat gak kita merasa duduk dalam istana bernilai tidak kurang dari RM3 juta atau lebih itu. Bestnyer.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan