JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Jumaat, 3 Julai 2009

PENULIS BLOG PRO UMNO MASIH LENA

Ini yang menggerunkan mereka di dalam PRU Ke 13 nanti
Oleh: Mandor

Penulis blog Pro Umno, Kamalfarsya menulis di dalam blognya tentang perjuangan bangsa. Penulis tersebut pula membandingkan perjuangan bangsa di antara Pas dan DAP. Daripada tajuk artikel beliau itu (klik pada nama penulis di atas) sudah menunjukkan betapa lenanya penulis blog Pro Umno tersebut. Mana mungkin boleh disamakan Pas dengan DAP? Jika penulis tersebut beranggapan DAP sama dengan Umno iaitu memperjuangkan bangsa, aku bersetuju. Memang kedua-dua parti tersebut dilihat lebih nasionalis.

Tetapi beliau ingin menyamakan Pas dengan DAP, ini tidak masuk akal samasekali. Penulis tersebut mesti banyak lagi belajar sejarah politik dan perjuangan Pas sebelum ingin menulis tentang parti berkenaan. Di dalam PR, Pas adalah satu-satunya parti yang jauh berbeza daripada parti rakan mereka dari PKR dan DAP. Pas adalah parti berwadahkan Islam dan menjadikan Islam sebagai dasar parti. Pas bukan parti Nasionalis, sosialis jauh sekali Komunis. Apabila menyebut tentang Islam, harus diingat bahawa Islam melangkau batasan kaum, darjat dan keturunan. Bahkan, Islam juga menjamin kebebasan berugama.

Oleh yang demikian, usahlah ingin berbicara tentang perkauman dengan Pas. Bukan bangsa tidak penting, tetapi agama lebih penting. Seperti yang sering diperkatakan oleh Mursyidul Am Pas berapa sen sangatlah harga Melayu di Padang Mahsyar nanti? Di dunia ini, kita berbalah kerana kaum, kita berkelahi untuk menegakkan kepentingan kaum masing-masing tetapi semua itu tiada nilai di Akhirat nanti. Tulisan penulis blog tersebut yang menyatakan Pas gagal memartabatkan perjuangan menegakkan Islam untuk menyelamatkan Melayu adalah pandangan SESAT dan JAHIL. Islam bukan untuk Melayu wahai saudara.

Aku faham betapa penulis blog tersebut begitu kecewa bila isu Kerajaan Perpaduan dicantas lebih awal. Umno terduduk akibat isu ini. Media-media mereka juga kehabisan modal sehingga terpaksa mencari isu kandang babi pula di Kedah. Harapan yang sedikit ada buat Umno kini adalah ruang yang diberikan oleh Ketua Pemuda Pas yang ingin berwawacana dengan Pemuda Umno. Itupun belum tentu siapa yang untung walaupun kononnya wacana tersebut untuk menyatukan Melayu. Mungkin mereka lupa bahawa negara kita ini punyai berbagai kaum dan bangsa, bukan Melayu sahaja. Isu di P.Pinang dan Kedah sekarang sebagai contoh, bukan isu Melayu sangat pun. Tetapi, penyelesaian bijak mesti dilakukan juga oleh pemimpin politik yang mesti menolak soal kaum di dalam perkara ini.

Pada pandangan aku, tulisan Kamalfarsya penulis blog Pro Umno itu adalah satu tulisan yang menunjukkan betapa kecewanya beliau bila melihat perangkap Umno tersasar. Dan, yang pasti kekecewaan demi kekecewaan akan terus dihadapi oleh Umno. / mandor.blogspot.com

1 ulasan:

  1. DAN MANGKUK-MANGKUK SEGELINTIR PEMUDA PAS YANG DIPILIH PENYOKONG NAK JADUI BARUA BERWACANA DENGAN PEMUDA PERKAUMAN UMNO ! WACANA ATUK DEPA KOT ! DENGAN UMNO TADAK WACANA KA APA KA HANYA KUBURKAN PARTI KHIANAT PADA ISLAM SEBELUM NAK WACANA KA WA KENA KA ! PODAAAH WACANA YANG PEMUDA PAS TERHEGEH SANGAT NAK SONDOL !

    BalasPadam