DAP Kedah kini mula dilihat seperti ingin `membuli' kerajaan PR di Kedah di bawah YAB Us Azizan. Aku tak faham mengapa DAP Kedah langsung tak memikirkan baik dan buruknya tindakan mereka yang dikatakan keluar dari PR di Kedah, walaupun keputusan tersebut belum mendapat restu dari DAP Pusat. Puncanya kerana kandang babi. Bukan kita nak hina binatang yang dijadikan makanan kesukaan mereka, tetapi DAP Kedah seharusnya turut mengambilkira kepentingan ramai lebih-lebih lagi di dalam gabungan PR.
Apa yang aku faham isu tempat ternakan babi itu telah lama dibincangkan oleh berbagai pihak termasuk dari Kerajaan Negeri Kedah sendiri. Beberapa kali pihak berwajib telah menangguhkan untuk meroboh tempat berkenaan kerana dikatakan tidak mempunyai lesen lebih-lebih lagi tempatnya didapati tidak sesuai. Kerajaan Negeri juga dikatakan telah mencari satu kawasan lain yang difikirkan lebih sesuai untuk penternak berkenaan. Malah, difahamkan juga penternak-penternak tersebut telah pun berjanji sebelum ini untuk berpindah dan mereka telah diberi tempoh selama sebulan. Kini, bila sampai saat dan ketikanya, mereka tidak mematuhi janji mereka sendiri.
Aku pun hairan mengapa rakyat sering menuntut kerajaan menunaikan janji, sedangkan segelintir rakyat pula sering memungkiri janji mereka kepada kerajaan. Apakah kerana mereka mengundi PR, maka mereka seperti mendapat lesen untuk berbuat apa saja? Jenis-jenis manusia macam inilah yang selalu menghancurkan parti. Mereka menyokong parti kerana ingin kan kepentingan diri dan puak-puak mereka sahaja. Apakah kerajaan Negeri Kedah sentiasa menutup pintu rundingan dengan mereka? Zalim sangatkah MB Kedah sehingga sanggup memusnahkan tempat ternakan binatang yang menjadi makanan kegemaran mereka itu?
Jangan kerana sekandang babi, kita nak jual seluruh negeri pula. DAP Kedah kena fikir, untuk mendapatkan sekandang babi terlalu mudah jika dibandingkan dengan untuk mendapatkan sebuah negeri yang boleh kita kuasai. Cuma yang perlu adalah sikap berlapang dada dan tidak terlalu mementingkan puak masing-masing sehingga cuba untuk tidak mematuhi peraturan yang dibuat oleh kerajaan yang kita sendiri sokong. Aku pelik mengapa golongan Cina di Kelantan boleh bertahan beberapa penggal bersama Pas, tetapi di Kedah mereka tidak sanggup bertahan. Apakah di Kelantan kaum Cina tidak makan babi?
Seandainya DAP Kedah membuat keputusan drastik untuk keluar dari PR, kita tidak menghalaunya tetapi apa hak kita untuk melarangnya. Cuma aku ingatkan agar PKR jangan pula mengambil kesempatan atas isu remeh seperti ini. Aku dengar Gerakan dah mula pasang angan-angan untuk tubuhkan Kerajaan Perpaduan di Kedah bersama PKR dan DAP. Jangan cuba nak lakukan perkara bodoh itu. Jangan jadi bodoh kerana sekandang babi dan juga kerana dipancing oleh Gerakan. /mandor.blogspot.com

Tiada ulasan:
Catat Ulasan