JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Sabtu, 4 Julai 2009

PEMUDA UMNO MELAKA BACUL DAN PENAKUT?

Pemuda warisan bangsa?
Oleh: Mandor

MELAKA terkenal dengan kisah di dalam hikayat Hang Tuah, seorang pahlawan Melayu yang berani tetapi bacul untuk menegakkan keadilan dan kebenaran. Berani tidak bertempat, setia dan taat juga tidak bertempat, itulah yang boleh digambarkan kepada Hang Tuah ini. Nasib baiklah Hang Tuah itu sebenarnya adalah mitos sahaja tidak dapat dibuktikan oleh sejarah samada wujud atau tidak Hang Tuah tersebut. Kalaulah memang wujud Hang Tuah itu, nescaya kuburnya akan dikencing orang. Sesiapa yang menyanjung Hang Tuah yang tak wujud itu, akal mereka pendek.

Ini pula kisah Pemuda Umno di negeri Melaka tempat dikatakan wujudnya cerita Si Tuah. Aku ingatkan keberanian Hang Tuah yang diceritakan orang itu dapat diwarisi oleh anak-anak Melayu dalam Pemuda Umno Melaka. Rupa-rupanya sangkaan aku meleset. Pemuda Umno Melaka ternyata penakut untuk menghadapi pembangkang. Ketakutan Pemuda Umno Melaka terhadap pembangkang sampaikan mereka jadi fobia bila dapat tahu pembangkang giat berkempen mencari ahli baru. Kempen mencari ahli baru di pasar malam pun menjadi masalah kepada Pemuda Umno. Baru-baru ini terjadinya pergaduhan di antara berpuluh Pemuda Umno dengan jentera kempen dari Pas dan DAP. Baca saja kisah bodoh Pemuda Umno Melaka tu kat sini.

Apalah malang nasib orang Melaka. Sudahlah Ketua Menteri mereka disabitkan dengan rasuah politik wang, nak harapkan pemuda-pemuda Umno Melaka untuk menyelamatkan Melaka ini dari rasuah, jauh panggang dari api. Maka, jadilah rakyat Melaka yang bertuankan `perasuah'. Nasib baik aku bukan orang Melaka. Kalau tak, mana nak letak muka?

Ada orang kata Melaka terlalu kuat Umnonya. Pada aku Melaka bukan terlalu kuat Umnonya tetapi terlalu kuat penakutnya kepada pembangkang. Bayangkan jika pembangkang nak berkempen cari ahli pun membuatkan Pemuda Umno Melaka menjadi takut,hebat sangatkah Umno Melaka? Berkempen cari ahli bukan seperti berceramah nak kena minta permit. Banyak di merata-rata tempat aku tengok parti-parti berkempen untuk menambah keahlian tiada masalah pun. Tetapi di Melaka jadi satu kesalahan besar pula. Menjadi perasuah takpe.

Banyak yang pelik tentang Melaka ni. Dahulu Ketua Menterinya mengeluarkan arahan agar semua kakitangan jabatan kerajaan negeri tidak boleh melawat Kelantan. Bukankah pelik tu? Akhir sekali kerana Ketua Menterinya pun nak datang juga ke Kelantan untuk berkempen sebagai Timbalan Presiden Umno, maka arahan tersebut ditarik semula. Betapa rakyat Melaka dimain-mainkan oleh ketua mereka. Akibatnya, usahkan nak jadi Timbalan Presiden Umno, nak masuk bertanding pun tak boleh kerana disabitkan dengan rasuah politik wang. Itu pembalasan di dunia, akhirat belum tahu.

Sebenarnya pembangkang telah mula mendapat sambutan rakyat di Melaka. Jika tidak, masakan Pemuda Umno Melaka sanggup melakukan perbuatan bacul dan penakut sedemikian rupa. Tetapi, di sebalik apa yang telah mereka lakukan kepada pembangkang di Melaka, ada juga orang yang ingin duduk semeja dengan Pemuda Umno ni. Itu aku tak mau komen, nanti dikatakan anti perpaduan la pulak. /mandor.blogspot.com

1 ulasan:

  1. salam..
    maaf saya memberi sedikit komen,,
    saya setuju lah ape yang dikatakn saudara..
    pemuda umno melaka memng takut dengan ape yng dilakukan oleh pembangkang..'

    TETAPI!!!!!!!!!!!!!!
    DLM KEADAAN HURU HARA ITU< DAP telah mengutuk orang melayu, melayu bodoh! melayu penakut! aper yang paling menyakit hati sebagai insan yang berdarah melayu, DAP melaungkan " kali nie melayu pasti mati!!!!!!!!!!!!!!
    itu kita nak diamkam... fikirlah sendiri...
    bersatu lah bangsa melayu

    BalasPadam