JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Khamis, 9 Julai 2009

Raja Katak Sudah Beraksi, Raja Sesumpah Bila Pula?













KEMPEN di Manek Urai semakin hangat sekarang ini. Bermacam-macam jenis pemimpin yang datang ke Manek Urai dan berbagai-bagai janji dibawa oleh mereka ke Manek Urai. Biasalah dah memang adat berkempen kat negara kita sejak dulu lagi. Di Manek Urai, yang tak pernah atau geli memegang botol budu nampaknya macam ketagih dengan budu sampai diberitakan ada yang makan budu menggunakan `straw'. Hebat!!

Aku cuma nak ulas pasal dua jenis raja ni. Bukan raja sepit atau raja kelawar, tetapi raja katak dan raja sesumpah. Tentang raja katak atau loghat arab pasar ada yang sebut `al kataki', raja katak ni berasal dari Pasir Mas. Beliau sekarang bukan ahli Umno tetapi pernah keluar masuk Umno dan sampai sekarang tak masuk-masuk lagi Umno. Mungkin tak lama lagi masuklah Umno tu pasal dah tak ada orang lain dah, katak pun kataklah. Jual pun ade `ghege' tu...(cam cerita Ali Baba Bujang Lapok, dialog masa sudin curi tayar basikal dalam gua tu). Raja katak dah pun mula berbunyi di Manek Urai sehari dua ni. Patut pun orang Manek Urai kata di sana ujan mula kerap turun. Rupanya ada katak panggil ujan....

Nampaknya, belum masuk Umno lagi pun raja katak ni dah mula kena jual kat Manek Urai. Tak tahulah pulak ada ke tak orang Manek Urai nak beli. Kalau tak nak, mungkin tak lama lagi terpaksa dilelong juga. Begitulah nasib raja katak bila bersikap seperti Si Tanggang. Wajah sebenar raja katak terserlah di Manek Urai. Orang-orang Pasir Mas kena ingat betul-betul wajah ni sampai pilihanraya umum akan datang. Itu pun kalau raja katak masih hidup atau berani bertarung sekali lagi di Pasir Mas. Alah, kalau hilang deposit pun berapa lah sangat.

Seorang lagi raja yang sampai sekarang dikatakan belum menunjukkan muka adalah raja sesumpah. Selalunya pantang ada pilihanraya, raja sesumpah akan datang empat lima kali berceramah dan kadang-kadang diselang selikan dengan `sumpah keramat'nya itu. Cuma yang dia tak pernah bawa adalah `kotak-kotak'nya kerana beliau kata kotak-kotak tu ada kat bekas bos beliau. Betul ke tak aku tak tahu, tapi aku ada lihat gambar raja sesumpah ni duduk dalam kotak. Kelakar jugak tengok. Aku kepingin nak dengar ceramah, isu atau pendedahan terbaru dari raja sesumpah ni khususnya tentang betapa jahatnya DS Anwar bekas bos beliau itu. Sudah tentu ada bukti baru yang raja sesumpah akan kemukakan nanti jika beliau datang ke Manek Urai. Dulu kat K.Terengganu dia bawa bukti kertas tulisan DS Anwar kepada Tun Mahathir, tapi apa yang beliau dedahkan itu tak laku di sana malah ditertawakan oleh rakan dan lawan. Umno tertiarap di K.Terengganu hasil usaha raja sesumpah.

Belum ada rekod lagi raja sesumpah berjaya menyumbangkan tenaga dan usahanya membantu kemenangan Umno/Bn di dalam mana-mana pilihanraya kecil sejak kebelakangan ini. Rekod membuatkan Umno tertiarap banyaklah. Tapi, manalah tahu `rezeki' raja sesumpah ada kat Manek Urai pula. Jadi, elok sangatlah raja sesumpah mencuba nasib di sini. Bantu-bantulah spesis yang sama raja katak tu. Kalau masih rasa kurang sokongan, mintalah bantuan dari `geng-geng katak' dari Perak yang ada dua tiga ekor tu. Selamat Datang Raja Sesumpah!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan