JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Jumaat, 3 September 2010

TAJAM SINDIRAN MB PAHANG INI

MB kecewa keputusan EPU

KUANTAN - “Baik tak payah buat, biarkan saja jalan itu dalam keadaan asal dan Kerajaan Negeri akan pasang papan tanda amaran untuk pengguna jalan raya,” kata Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dalam nada sinis berikutan keputusan mutakhir Unit Perancang Ekonomi (EPU) yang hanya sekadar ingin memperbaiki laluan berisiko kemalangan.

Projek yang menelan kos kira-kira RM3.7 bilion untuk pembinaan empat lorong sebelum dikurangkan kepada dua lorong (1.3 bilion) itu mula disebut-sebut sejak beberapa tahun lalu dan terkandung di bawah program pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) bagi peringkat negeri.

Pendirian itu diumumkan Adnan selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri membabitkan projek menaik taraf jalan bagi laluan dikenali Central Spine Federal Road meliputi Kuala Krai dan Gua Musang (Kelantan), Kuala Lipis, Bentong, Karak dan Simpang Pelangai serta Kuala Pilah dan Seremban (Negeri Sembilan).

Menurutnya, keputusan yang diberikan EPU dan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk membaiki laluan (jalan) berisiko kemalangan itu dibuat berikutan kekangan peruntukan.

“Kita (Kerajaan Negeri) akan pasang sebarang papan tanda, kita menghormati keputusan itu dan tunggu saja selepas keadaan ekonomi pulih.

“Biarkan jalan sempit, rosak dan kepada mereka (pengguna) yang nak balik ke Kelantan, kita minta supaya mereka berhati-hati,” katanya di sini, semalam.

Mengulas keputusan itu, Adnan berkata, tumpuan Kerajaan Negeri untuk terus mengukuhkan perpaduan di Pahang berikutan penghayatan kemerdekaan yang semakin berkurangan di kalangan rakyat.

Menurutnya, langkah untuk terus mengukuhkan kepercayaan rakyat terhadap pimpinan Barisan Nasional (BN) negeri juga menjadi fokus Kerajaan Negeri.

“Kita tidak berhasrat untuk berjumpa Perdana Menteri (PM) mengenai isu jalan ini, dan kalau kita tak hormat PM, siapa lagi kita nak hormat,” katanya./Sinar

Khamis, 2 September 2010

STESEN RADIO MANIS FM SIARKAN TAZKIRAH TUAN GURU NIK AZIZ


Lan Jusoh

KOTA BHARU, 2 Sept: Usaha dilakukan kerajaan negeri supaya diberi sedikit ruang kepada Menteri Besar untuk menyampaikan tazkirah atau perutusan kepada rakyat sehingga kini tidak dilayan RTM. Malah permohonan kerajaan negeri untuk mendapatkan lesen penyiaran sendiri juga tidak dilayan Kementerian Penerangan.
Namun anehnya beberapa stesen radio di negara jiran memberi ruang kepada Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyampaikan tazkirah agama. Stesen radio tersebut termasuk di Sungai Padi di Wilayah Narathiwat pernah menyiarkan kuliah agama oleh Menteri Besar Kelantan. Langkah serupa juga diambil sebuah stesen radio swasta yang berpangkalan di sini apabila memberi ruang kepada pemimpin kerajaan negeri menyampaikan takzirah agama.
Radio Manis FM milik milik bekas Ketua Penerangan Umno Malaysia, Tan Sri Hussin Ahmad berpejabat di Lundang, Kota Bharu mengambil sikap berkompromi apabila memberi ruang takzirah agama oleh Menteri Besar. Langkah berani yang dipelopori stesen radio terbabit membolehkan rakyat di Pantai Timur berpeluang mengikuti tazkirah agama yang disampaikan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.Tazkirah Ramadan itu dikeudarakan melalui stesen radion berkenaan mulai 20 Ramadan lalu sehingga 5 Syawal ini iaitu sebanyak empat kali setiap hari.
Waktu siaran bermula jam 7.30 pagi, selepas azan solat Zohor, selepas azan solat Asar dan jam 7 petang. Bagaimanapun pada hari Jumaat siaran tazkirah selepas azan Zohdan 95.10 Megahertz (Pahang). Menurut jurucakapnya siaran tazkirah agama oleh Menteri Besar Kelantan diadakan sejak lima tahun lalu./Harakahdailyor diawal kepada jam 12.45 pagi. Program tazkirah tersebut ditaja Perbadanan Menteri Besar Kelantan dengan kerjasama Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri. Pendengar boleh mengikuti siaran tersebut menerusi gelombang 90.6 Megahertz di Kelantan, 102 Megahertz (Terengganu)./Harakahdaily

KISAH TS KHALID BERANG DAPAT BONUS DAN DOKTOR GIGI JADI PENEROKA


Faekah: Lebih baik Khir Toyo diam...

Hazlan Zakaria & Salhan K Ahmad
Sep 2, 10
Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo sebaiknya berdiam diri saja kerana dakwaan yang ditimbulkannya terhadap pentadbiran Selangor hanya akan memakan diri sendiri, kata setiausaha politik kepada menteri besar Selangor, Faekah Husin. Faekah mendakwa banyak masalah yang berlaku di negeri itu pada masa sekarang sebenarnya berpunca daripada keputusan yang dibuat sewaktu pentadbiran Khir Toyo.

Faekah memberi contoh, keadaan itu boleh dilihat dalam isu melibatkan pembahagian tanah kepada peneroka di sebuah tanah rancangan di Bandar Alam Perdana, Kuala Selangor. Jelasnya, peneroka berkenaan telah memohon untuk mendapatkan geran kecil bagi tanah seluas antara 60 hingga 120 ekar itu. Bagaimanapun, terdapat beberapa individu yang mengemukakan injunksi di mahkamah bagi menghalang geran berkenaan dikeluarkan."Di sinilah bermula komen-komen negatif itu. Jadi kerajaan negeri kena jawab dan cari apakah punca masalah sebenar," katanya lagi.
Tambahnya, beliau telah membuat siasatan dan terkejut apabila mendapati terdapat antara pemilik tanah tersebut merupakan pemimpin Umno di negeri itu."Sangat malang apabila saya terjumpa beberapa nama. Doktor gigi pun ada yang jadi peneroka Felda," katanya yang telah menyiasat nama pemilik tanah berkenaan. Beliau juga mendedahkan mengenai amalan pemberian bonus oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) kepada menteri besar.

"Tidak hairanlah isu bonus menjadi fokus apabila kita timbulkan isu kecurian pasir," kata Faekah lagi dalam satu temubual dengan Malaysiakini semalam. Katanya, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini berang apabila diberitahu bahawa beliau diberi bayaran sebanyak RM135,000 oleh syarikat milik kerajaan negeri itu.Faekah berkata, beliau kemudiannya diarahkan oleh Khalid untuk menyiasat siapakah yang memberi arahan untuk meluluskan bayaran berkenaan dan apakah prosedur yang telibat. Faekah kemudiannya berkata, beliau telah menghubungi pegawai kewangan PKNS yang menjelaskan bahawa pemberian bonus kepada menteri besar merupakan amalan biasa sejak pentadbiran terdahulu."Sebab itu saya kata, kalau saya jadi Khir Toyo saya akan berdiam diri sahaja," kata Faekah lagi. /Malaysiakini

LIM GUAN ENG UMUM DUIT RAYA BUAT PENDAKWAH KAFA

RM100 lagi bagi kakitangan awam Pulau Pinang
Sep 1, 10


Kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini menambah RM100 lagi sebagai pemberian kewangan khas kepada kakitangan awam di negeri itu, menjadikkan jumlahnya RM500.

NONE“Walaupun pengumuman yang dibuat selepas mesyuarat ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri Pulau Pinang pada 18 Ogos lalu adalah hanya RM400, namun namun tindakan awal ini telah berjaya mendapat perhatian kerajaan persekutuan yang mengikut jejak langkah dengan mengumumkan duit raya RM 500.

“Oleh yang demikian, kerajaan negeri membuat keputusan untuk menaikkan amaun bantuan kewangan tersebut selaras dengan pengumuman kerajaan persekutuan yang bernilai RM500,” kata ketua menteri, Lim Guan Eng ketika majlis perhimpunan bersama anggota perkhidmatan awam Pulau Pinang, hari ini.

Selain bayaran RM500 itu, beliau juga mengumumkan bayaran RM 250 untuk guru Kafa (Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain).

“Pemberian bantuan khas kewangan sebanyak RM500 ini melibatkan sejumlah 3,700 pegawai dan kakitangan jabatan negeri dengan implikasi kewangan sebanyak RM1.85 juta.

NONE“Pemberian kepada 1,396 guru Kafa sebanyak RM 250 akan melibatkan RM 349,000. Sekiranya kita mengambilkira semua pihak berkuasa tempatan, badan berkanun negeri dan agensi negeri, ia membabitkan RM5.2 juta,“ kata Lim.

Menurut Lim, beliau berharap penjawat awam negeri akan terus berazam untuk bekerja lebih gigih untuk meningkatkan lagi kualiti sistem penyampaian dan memperkukuhkan tadbir urus perkhidmatan awam yang lebih berdaya saing di persada antarabangsa./Malaysiakini

PEMILIHAN KETUA AMK - TOLAK CALON YANG PUNYAI REGU


Oleh: WFAUZDIN NS

PEMILIHAN Ketua AMK nampaknya semakin menarik dan mulai panas. Dikatakan terdapat beberapa calon akan bertanding merebut jawatan Ketua AMK yang mungkin akan dipertahankan oleh Sdr Shamsul Iskandar. Masing-masing mempunyai alasan tersendiri jika ingin bertanding merebut jawatan sayap penting kepada PKR itu, dan sehingga kini difahamkan hanya Sdr Rafizi Ramli seorang Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR mengesahkan akan bertanding.

Calon lain yang dikatakan akan bertanding tetapi belum mengumumkannya adalah Chegu Bard (Badrul Hisham) iaitu seorang lagi MPP PKR. Mungkin ramai yang mengenali Chegu Bard jika dibandingkan dengan Sdr Rafizi kerana tokoh muda dari Rembau ini adalah di antara pejuang reformasi yang lantang dan berani. Sdr Rafizi Ramli mungkin agak terkenal di kalangan elit pimpinan PKR dan tidak hairanlah jika baru-baru ini beliau mengadakan sidang akhbarnya pun di sebuah hotel di PJ.

Mengikuti sidang medianya di sini, saya amat hairan mengapa perlu diwujudkan regu semata-mata untuk merebut jawatan di dalam AMK ? Mengapa pemilihan di dalam PKR mahu dicemari dengan budaya haprak Umno itu? Paling menyedihkan, langkah membentuk regu seperti ini turut disokong oleh beberapa pimpinan yang bergelar YB di kalangan pemuda PKR. Apakah mereka ingat dengan status YB dan elit mereka itu regu mereka akan terpilih?

Saya secara peribadi amat tidak bersetuju jika diwujudkan tim, regu atau puak di dalam PKR. Cuba belajar dari pengalaman Umno bagaimana parti itu hancur akibat puak dan regu. Saya tidak pasti samada kesemua yang bakal bertanding di dalam AMK itu mempunyai regu masing-masing. Tetapi apa yang saya tahu, Sdr Rafizi adalah orang pertama yang mengumumkan regunya.

Adakah langkah beliau ini direstui oleh pucuk pimpinan PKR? Jika ianya direstui, tunggulah saat kehancuran PKR. Itu jaminannya. Apa yang pasti, sokongan hendaklah diberi kepada calon yang tidak mahu berpuak dan berani ke hadapan bersendirian dengan kekuatan sendiri. Itulah Ketua AMK yang kita mahukan./wfauzdin.blogspot.com

Rabu, 1 September 2010

LIM GUAN ENG JADI MANGSA FITNAH PUAK BANGSAT

Oleh: Mandor

BETAPA hodohnya perbuatan mereka yang tidak pernah insaf dari melakukan kerja fitnah. Jika di bulan yang mulia ini pun mereka sanggup melakukan kerja fitnah sebodoh itu, maka tidak hairanlah jika kerja ini akan berterusan dilakukannya. Setelah habis modal dengan isu mendoakan Lim Guan Eng di dalam Khutbah, isu pemimpin DAP memasuki surau, akhirnya satu lagi kerja bodoh telah mereka lakukan. Kali ini dengan menyiarkan gambar Lim Guan Eng menyembelih lembu korban. Baca di sini.

Tujuan fitnah ini tidak lain tidak bukan untuk menggambarkan betapa PAS kununnya terpaksa menggadaikan Islam kepada DAP. Siapa punya kerja ini? Siapa lagi kalau bukan tali barut puak-puak yang tidak pernah aman hidup di dunia ini tanpa melakukan fitnah. Mereka itu adalah puak yang bersekutu dengan Apco Yahudi laknatullah.

Apakah rakyat boleh terpedaya dengan fitnah bodoh mereka? Jika ada yang percaya pun mereka adalah terdiri dari orang yang bodoh juga kalau pun tidak gila. Apa makna semuanya ini? Maknanya Umno semakin tertekan, Umno semakin bacul dan Umno semakin menghampiri liang lahad. Justeru itu, berpakatlah keluar dari Umno yang sudah kehabisan idea itu. Marilah kita bersama bersatu menentang Umno kerana dengan adanya Umno, maka sukar fitnah ini untuk dihentikan./mandor.blogspot.com

SAKIT HATI BILA PEMIMPIN DAP DITERIMA DI SURAU DAN MASJID

Oleh: WFAUZDIN NS

SYABAS diucapkan kepada YB Dr Hassan Ali Exco yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam di Negeri Selangor yang bertindak pantas memanggil Pengarah JAIS di dalam menyelesaikan isu penggunaan surau dan masjid oleh tetamu dari kalangan bukan Islam. Isu ini nampaknya dijadikan isu politik oleh Umno yang kita ketahui seringkali menunjukkan kejahilannya di dalam bidang agama.

Namun demikian, kejahilan Umno ini tidak patut kita biarkan kerana ianya akan memalukan kita sebagai umat Islam. Di samping itu, kejahilan mereka juga boleh mengakibatkan umat Islam menanggung rugi. Sebagai contoh, jika seseorang pemimpin atau Wakil Rakyat yang terdiri daripada bukan Islam ingin menyumbang kepada sesebuah masjid atau surau, mungkin terdapat sekatan atau tekanan dari puak yang jahil ini. Akibatnya rumah ibadat kita mengalami kerugian hasil dari kebodohan puak-puak mereka.

Justeru itu, amat baik jika Kerajaan Negeri Selangor bertindak pantas agar seluruh rakyat Selangor tidak termakan dengan dakyah sesat Umno itu. Umno sanggup melakukan apa saja asalkan mereka boleh kembali berkuasa dan membolot kesemua kekayaan Negeri Selangor seperti dahulu kala. Mereka amat bimbang apabila melihat kebangkitan pemimpin DAP khususnya semakin mendekati umat Islam. Mereka cukup takut seandainya orang-orang Melayu Islam tidak lagi memandang DAP sebagai parti perkauman sempit.

Langkah yang bijak dan berhemah perlu dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor agar Kerajaan PR Selangor tidak mudah digoyangkan dengan isu murahan Umno ini. Sehingga kini, kita berjaya menepis segala dakwaan mereka sehingga membuatkan Umno hilang arah dan tumpuan. Tiga Pendekar Lapok mereka, Khir Toyo, Noh Omar dan Ezam sesumpah masih gagal mempengaruhi rakyat Selangor.

Isu surau dan masjid, Umno tersilap langkah untuk memainkan isu ini kerana mereka pasti berdepan dengan PAS yang lebih arif tentang hukum agama dari mereka. Tanda Umno semakin tertekan apabila mereka menggunakan Istana untuk melindungi kejahilan mereka itu. Jika pemimpin Umno tidak mahu ke surau dan ke masjid, mengapa perlu dihalang pemimpin DAP untuk membuat kebajikan di situ?/wfauzdin.blogspot.com