Lan Jusoh
KOTA BHARU, 2 Sept: Usaha dilakukan kerajaan negeri supaya diberi sedikit ruang kepada Menteri Besar untuk menyampaikan tazkirah atau perutusan kepada rakyat sehingga kini tidak dilayan RTM. Malah permohonan kerajaan negeri untuk mendapatkan lesen penyiaran sendiri juga tidak dilayan Kementerian Penerangan.
Namun anehnya beberapa stesen radio di negara jiran memberi ruang kepada Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyampaikan tazkirah agama. Stesen radio tersebut termasuk di Sungai Padi di Wilayah Narathiwat pernah menyiarkan kuliah agama oleh Menteri Besar Kelantan. Langkah serupa juga diambil sebuah stesen radio swasta yang berpangkalan di sini apabila memberi ruang kepada pemimpin kerajaan negeri menyampaikan takzirah agama.
Radio Manis FM milik milik bekas Ketua Penerangan Umno Malaysia, Tan Sri Hussin Ahmad berpejabat di Lundang, Kota Bharu mengambil sikap berkompromi apabila memberi ruang takzirah agama oleh Menteri Besar. Langkah berani yang dipelopori stesen radio terbabit membolehkan rakyat di Pantai Timur berpeluang mengikuti tazkirah agama yang disampaikan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.Tazkirah Ramadan itu dikeudarakan melalui stesen radion berkenaan mulai 20 Ramadan lalu sehingga 5 Syawal ini iaitu sebanyak empat kali setiap hari.
Waktu siaran bermula jam 7.30 pagi, selepas azan solat Zohor, selepas azan solat Asar dan jam 7 petang. Bagaimanapun pada hari Jumaat siaran tazkirah selepas azan Zohdan 95.10 Megahertz (Pahang). Menurut jurucakapnya siaran tazkirah agama oleh Menteri Besar Kelantan diadakan sejak lima tahun lalu./Harakahdailyor diawal kepada jam 12.45 pagi. Program tazkirah tersebut ditaja Perbadanan Menteri Besar Kelantan dengan kerjasama Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri. Pendengar boleh mengikuti siaran tersebut menerusi gelombang 90.6 Megahertz di Kelantan, 102 Megahertz (Terengganu)./Harakahdaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan