JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Selasa, 14 September 2010

PEMILIHAN PKR - JANGAN CALONKAN SAYA, KATA ANWAR

PKR: Anwar tidak akan terima sebarang pencalonan
Sep 14, 10 12:43pm

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam blognya www.anwaribrahimblog.com hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak akan menerima sebarang pencalonan untuk sebarang jawatan dalam parti.
Dalam posting terbarunya, Anwar juga mengingatkan semua calon yang bakal bertanding supaya mematuhi etika pemilihan sepenuhnya dan tidak mendakwa mendapat restu daripadanya.

Katanya, PKR telah memperkenalkan sistem pemilihan yang demokratik dan memberi ruang kepada setiap anggota menentukan calon pilihan mereka.

“Maka di atas pundak setiap anggota dibebankan tanggungjawab untuk memastikan idealisme perjuangan dan tuntutan reformasi terus dipertahankan dengan penuh rasa tanggungjawab.

“Prinsip tersebutlah yang kelak menjadi asas pertimbangan, dan bukannya tuntutan luaran atau sogokan,” katanya.

Beliau juga berkata adalah hak anggota memilih berdasarkan prinsip perjuangan parti dan menginginkan persaingan yang sihat.

Pada 9 September lalu, sekumpulan pemimpin akar umbi PKR yang mengelar diri mereka sebagai Majlis Muafakat Kepimpinan Keadilan Negeri Selangor (MMKKNS) mencadangkan Anwar dan isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dicalonkan bagi jawatan presiden dan timbalan presiden PKR pada November ini.

Timbalan pengerusinya Abdul Kudus Omar berkata langkah itu bagi mengatasi kemelut dalam perebutan jawatan timbalan presiden yang semakin panas di antara Azmin Ali dan Datuk Zaid Ibrahim.

Dalam pada itu, Suara Keadilan hari ini melaporkan biro politik PKR Kedah sebulat suara meluluskan usul meminta mesyuarat agung tahunan cabang seluruh negeri itu mencalonkan Anwar bertanding bagi jawatan presiden./Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan