JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Selasa, 21 September 2010

ANAK MAIDIN SEBAGAI PENASIHAT `KASIM PATOLAN' DALAM TIGA ABDUL

Oleh: WFAUZDIN NS

ANAK Maidin yang digelar Zam di dalam kenyataannya di sini, menyeru agar Umno melupakan PAS bagi membentuk perpaduan Melayu. Agak ganjil bagi kita mendengar seseorang yang telah dilupakan oleh partinya sendiri, menasihatkan partinya itu untuk melupakan PAS. Siapa agaknya yang mahu mendengar cakap-cakap Anak Maidin ini? Budak Tadika Kemas pun mungkin fikir beratus kali untuk mengguna pakai cakap orang terbuang seperti beliau.

Anak Maidin yang pernah menjadi bahan ketawa seluruh dunia kerana bahasa Inggeris nya yang `hulu' atau `kekampongan' sewaktu diwawancara oleh sebuah Stesyen TV asing suatu ketika dahulu, kini cuba untuk tampil mencari publisiti. Tuduhannya bahawa PAS pernah menghasut PM yang pertama agar merampas harta orang-orang Cina selepas peristiwa 13 Mei, sehingga sekarang gagal beliau buktikan. Mahu bukti bagaimana kerana Anak Maidin ini mengambil orang yang sudah mati sebagai `saksi'. Itulah tahap pemikiran Anak Maidin yang pernah menjadi `bos' di Kementerian Penerangan.

Soal perpaduan Umno - PAS tidak lagi disebut orang termasuk dari pimpinan Umno lebih-lebih lagi PAS. PAS telah menghumban isu ini ke tepi longkang walaupun terdapat beberapa pemimpin Umno terhegeh-hegeh ingin mengutipnya kembali. Tiba-tiba pula Anak Maidin ini cuba melagukan semula isu ini, kununnya sebagai Penasihat Dua Puluh Persen dalam cerita Tiga Abdul. Adakah Anak Maidin percaya Umno mahu menerima nasihatnya itu? Nasihat Tun Mahathir yang jauh lebih berwibawa dari Anak Maidin pun Umno tidak pakai, maka buang masa sahaja beliau ingin menasihatkan Umno. Tun tidak mahu Umno menjauhi Perkasa, adakah Umno turuti?

Pada saya, lebih baik Anak Maidin kurangkan bercakap agar kebekuan otaknya tidak banyak diketahui orang. Amat tepat sekali para pengundi di kawasannya dulu menolak Anak Maidin di dalam PRU Ke 12 dengan majoriti yang amat besar sekali. Otak yang berada di lutut tidak layak untuk menjadi Wakil Rakyat apatah lagi menjadi Penasihat./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan