JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Sabtu, 25 September 2010

NAIB PRESIDEN PKR - WAJARKAH YB NURUL IZZAH BERTANDING?

Oleh: WFAUZDIN NS

MEMERANJATKAN apabila anak sulung kepada DS Anwar selaku Ketua Umum PKR dan DS Wan Azizah selaku Presiden PKR, YB Nurul Izzah menimbangkan untuk bertanding jawatan Naib Presiden PKR. Tiada salahnya jika beliau bertanding bagi meraikan demokrasi di dalam parti mahu pun untuk menduga pengaruhnya di dalam parti. Namun begitu, belum tentu niat yang baik akan menghasilkan sesuatu yang baik kepada parti.

Saya tidak terkilan jika YB Nurul Izzah bertanding sebagai mewakili kaum Hawa di dalam teraju kepimpinan PKR, tetapi semua telah maklum bahawa seorang lagi calon berkaliber dan lebih berpengalaman iaitu YB Fuziah Salleh juga turut bertanding jawatan yang sama. Amat dibimbangi sekiranya berlaku perpecahan undi di kalangan kaum Hawa dan akhirnya semua terlepas. Meskipun saya yakin YB Nurul Izzah bertanding tidak akan menggunakan pengaruh ayahanda dan bondanya, tetapi di dalam politik persepsi orang ramai sukar untuk dielakkan. Sebelum ini pun pihak musuh menuduh bahawa PKR adalah sebuah parti yang dikuasai oleh `keluarga DS Anwar'. Bayangkan jika YB Nurul Izzah benar-benar bertanding dan memenangi jawatan tersebut.

Apabila difikirkan risiko yang bakal mendatang serta menjadi bahan kempen di pihak musuh, adalah lebih bijaksana jika YB Nurul Izzah tidak turut serta di dalam haraki kepimpinan atasan parti. Inilah peluang untuk kita buktikan bahawa PKR bukan parti `keluarga DS Anwar'. Tidak salah jika kesemua keluarga DS Anwar memimpin parti asalkan diberi kepercayaan oleh ahli-ahli parti, tetapi suasana sedemikian dilihat tidak bijak untuk jangkamasa panjang. Tidak dinafikan kebolehan yang dimiliki oleh YB Nurul Izzah tetapi mungkin belum tiba masanya untuk beliau diberi tanggungjawab sebesar itu.

Sehingga saat ini, sebelum YB Nurul Izzah menyuarakan hasrat untuk bertanding jawatan Naib Presiden PKR sudah tentu sebilangan besar ahli terutamanya dari kaum Hawa sudah `set' di otak mereka untuk memilih YB Fuziah Salleh sebagai wakil tunggal kaum Hawa di kerusi tersebut. Dan sekarang, mungkin sedikit berlaku dilema di kalangan mereka untuk memilih di antara dua tokoh wanita ini. Mungkinkah nanti kedua-dua calon wanita ini berjaya memenangi kerusi Naib Presiden PKR? Mungkin tidak, dan jika berlaku juga pada pendapat saya tidak begitu baik untuk parti.

Justeru itu, saya merasakan YB Nurul Izzah boleh berfikir semasak-masaknya sebelum memasuki gelanggang. Memperbanyakkan risiko, menimbulkan suasana serba salah serta menimbulkan banyak persepi bukanlah strategi yang baik untuk parti./wfauzdin.blogspot.com

1 ulasan:

  1. "Agen poker terbesar dan terpercaya ARENADOMINO.
    minimal depo dan wd cuma 20 ribu
    dengan 1 userid sudah bisa bermain 9 games
    ayo mampir kemari ke Website Kami ya www.arenadomino.com

    Wa :+855964967353
    Line : arena_01
    WeChat : arenadomino
    Yahoo! : arenadomino"

    BalasPadam