JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Ahad, 5 September 2010

KULIAH AGAMA - KELANTAN HARI JUMAAT, SELANGOR HARI SABTU

Warta Sabtu Hari Ilmu, Selangor Anjur Kuliah Agama

Nurshakira Buang

SHAH ALAM 4 SEPT: Kerajaan Selangor mewartakan setiap Sabtu sebagai hari ilmu bagi mengalakkan masyarakat Islam menperdalami pengetahuan dunia dan akhirat sekali gus.

Melalui Program Menyemarakkan Islam Selangor atau Promise itu, Exco Hal Ehwal Islam, Datuk Dr Hassan Ali, berkata dua kuliah agama dikendalikan tokoh agama pada setiap Sabtu selama 10 minggu.

"Setiap Sabtu, 9 pagi hingga 11.30 pagi, ada dua kuliah. Yang pertama, kuliah bagaimana kita melibatkan diri kita dalam perjuangan menegakkan Islam.

"Kuliah kedua ialah tafsiran fardhu ain yang akan disampaikan sama ada Datuk Harun Din atau Datuk Ismail Khamus, Hashim Yahya," katanya ketika berucap dalam majlis Sahur Perdana Selangor di Kompleks Belia Seksyen 7, Shah Alam.

Dalam ucapannya, beliau menyatakan program ini akan diperluas ke setiap peringkat Selangor dalam tempoh enam bulan.

"Kita panggil saban minggu. Dalam masa 6 bulan, program ini akan dibuat di PBT dan 9 daerah. Akhirnya ia akan jadi macam di Kelantan di Terengganu - setiap Jumaat hari ilmu tetapi di Selangor setiap Sabtu," katanya.

Kata Hassan Ali, tiada halangan atau syarat tertentu buat masyarakat untuk menyertai majlis ilmu ini.

"Saya harap tuan puan bawa isteri, bawa anak. Dalam suasana santai, pakai jeans boleh datang, yang belum pakai tudung boleh datang, rambut perang boleh datang tiada masalah," katanya./TVSelangor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan