Kerajaan Pusat Perlu Kebenaran Selangor Untuk Naik Tarif Air
SHAH ALAM 29 SEPT: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim memberi jaminan tarif air di negeri ini tidak akan naik berikutan kerajaan Pusat perlu mendapat kebenaran kerajaan pimpinannya, untuk berbuat demikian
Sehubungan itu, beliau berkata, rakyat Selangor tidak perlu risau dengan khabar kenaikan tarif air sekalipun kerajaan negeri berdepan tuntutan ganti rugi daripada Syabas.
"Rakyat Selangor tidak perlu gusar debgan khabar kenaikan tarif air oleh Syabas. Mereka (kerajaan Pusat) perlu kebenaran Kerajaan Selangor sebelum menaikkan tarif air," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco di sini, hari ini.
Khalid berkata, kerajaan negeri tidak membenarkan kenaikan selagi rundingan penstrukturan industri air tidak selesai walaupun dipersetujui kerajaan Pusat sebagaimana pengumuman Menteri Tenaga,Teknologi Hijau Air, Datuk Seri Peter Chin.
Katanya, pihaknya tidak akan mengubah pendirian walaupun Syabas menuntut ganti rugi berikutan kegagalan mereka menaik tarif air, bertujuan melindungi kepentingan lima juta pengguna air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
"Kita komited untuk menyelesaikan rundingan penstrukturan semula industri air Selangor. Dalam semua rundingan, keutamaan Selangor adalah kepentingan pengguna, perkhidmatan air yang efisen dengan harga berpatutan," katanya.
Khalid berkata, rundingan itu terbantut kerana ada pihak tidak meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan, malah menuntut pulangan keuntungan melampau sehingga 70 peratus setiap tahun untuk proses pengambilalihan.
"Kerajaan Selangor tidak akan membiarkan pemegang konsesi air menanggung kerugian berikutan penyusunan semula tetapi tidak akan melayan tuntutan melampau dan tamak kerana kos ini akhirnya ditanggung rakyat," katanya./TVSelangor
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam"Agen poker terbesar dan terpercaya ARENADOMINO.
BalasPadamminimal depo dan wd cuma 20 ribu
dengan 1 userid sudah bisa bermain 9 games
ayo mampir kemari ke Website Kami ya www.arenadomino.com
Wa :+855964967353
Line : arena_01
WeChat : arenadomino
Yahoo! : arenadomino"