JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Ahad, 19 September 2010

MUKHRIZ KENA BERHENTI `MENARI', PELABUR SUDAH LARI

Kurangkan menari...pelabur dah lari tu...

Oleh: Mandor

MALAYSIAKINI menyiarkan kenyataan anak Tun Mahathir begini;

"Tindakan pembangkang yang sering memburuk-burukkan nama negara menyebabkan ramai pelabur asing takut untuk datang ke Malaysia, dan ia mengakibatkan pelaburan langsung asing (FDI) merosot sehingga 81 peratus bagi tahun 2008 dan 2009, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir." (Malaysiakini)

Satu kenyataan lembab, dangkal dan penuh kejahilan yang dikeluarkan oleh Mukhriz selaku Tibalan Menteri di dalam kabinet Najib. Najib wajib merasa malu kerana memiliki seorang Menteri yang selembab ini. Benar juga kata orang, dahi yang licin belum tentu bijak orangnya.

Cuba sebut negara mana yang Pelabur ramai datang memajukan negara berkenaan di mana negara tersebut tiada Pembangkang? Ketika negara kita dahulu berada di dalam keadaan ekonomi cukup baik dan punyai harapan untuk maju dengan kehadiran ramai Pelabur datang ke negara ini, adakah ketika itu tidak wujud parti Pembangkang? Sejauh mana Pembangkang menjadi faktor samada Pelabur datang atau tidak ke negara ini?

Apakah Mukhriz fikir Pelabur yang ingin melabur ke negara ini mempunyai otak sepertinya? Kumpulan Pelabur yang ingin melabur ke mana-mana negara sekali pun pasti akan mengkaji secara terperinci dari setiap sudut sebelum membuat keputusan datang melabur. Pastinya mereka terdiri dari para Pelabur yang bijak. Mereka tidak membaca Utusan Meloya atau TV 3 Suku sebagai panduan sebelum datang melabur ke sini. Oleh itu Mukhriz jangan cuba memperbodohkan para Pelabur dengan dakwaan karut marut seperti di atas.

Wajarnya Mukhriz letak jawatan kerana gagal membantu Najib menjana pelaburan asing ke negara ini. Beliau sepatutnya `kurangkan menari' dan lebihkan kerja. Itu lah sebabnya suatu risiko yang besar apabila melantik jemaah Kabinet yang tidak bijak, tambahan pula yang tewas di dalam pertandingan parti. Ini menunjukkan pemimpin Umno tidak mampu untuk mentadbir negara, justeru itu menuding ke arah pihak lain di atas kegagalannya./mandor.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan