JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Rabu, 1 September 2010

SAKIT HATI BILA PEMIMPIN DAP DITERIMA DI SURAU DAN MASJID

Oleh: WFAUZDIN NS

SYABAS diucapkan kepada YB Dr Hassan Ali Exco yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam di Negeri Selangor yang bertindak pantas memanggil Pengarah JAIS di dalam menyelesaikan isu penggunaan surau dan masjid oleh tetamu dari kalangan bukan Islam. Isu ini nampaknya dijadikan isu politik oleh Umno yang kita ketahui seringkali menunjukkan kejahilannya di dalam bidang agama.

Namun demikian, kejahilan Umno ini tidak patut kita biarkan kerana ianya akan memalukan kita sebagai umat Islam. Di samping itu, kejahilan mereka juga boleh mengakibatkan umat Islam menanggung rugi. Sebagai contoh, jika seseorang pemimpin atau Wakil Rakyat yang terdiri daripada bukan Islam ingin menyumbang kepada sesebuah masjid atau surau, mungkin terdapat sekatan atau tekanan dari puak yang jahil ini. Akibatnya rumah ibadat kita mengalami kerugian hasil dari kebodohan puak-puak mereka.

Justeru itu, amat baik jika Kerajaan Negeri Selangor bertindak pantas agar seluruh rakyat Selangor tidak termakan dengan dakyah sesat Umno itu. Umno sanggup melakukan apa saja asalkan mereka boleh kembali berkuasa dan membolot kesemua kekayaan Negeri Selangor seperti dahulu kala. Mereka amat bimbang apabila melihat kebangkitan pemimpin DAP khususnya semakin mendekati umat Islam. Mereka cukup takut seandainya orang-orang Melayu Islam tidak lagi memandang DAP sebagai parti perkauman sempit.

Langkah yang bijak dan berhemah perlu dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor agar Kerajaan PR Selangor tidak mudah digoyangkan dengan isu murahan Umno ini. Sehingga kini, kita berjaya menepis segala dakwaan mereka sehingga membuatkan Umno hilang arah dan tumpuan. Tiga Pendekar Lapok mereka, Khir Toyo, Noh Omar dan Ezam sesumpah masih gagal mempengaruhi rakyat Selangor.

Isu surau dan masjid, Umno tersilap langkah untuk memainkan isu ini kerana mereka pasti berdepan dengan PAS yang lebih arif tentang hukum agama dari mereka. Tanda Umno semakin tertekan apabila mereka menggunakan Istana untuk melindungi kejahilan mereka itu. Jika pemimpin Umno tidak mahu ke surau dan ke masjid, mengapa perlu dihalang pemimpin DAP untuk membuat kebajikan di situ?/wfauzdin.blogspot.com

1 ulasan:

  1. Semoga Allah S.W.T memberi kita kekuatan untuk menghadapi fitnah yg dirancang oleh ubn laknatullah ini. Mereka tidak akan berhenti malah mereka masih dan sedang melakukannya terus menerus lantaran hati-hati mereka telah Allah timpakan penyakit.

    setelah 53 tahun merdeka.. ubn masih lagi terus memperbodoh-bodohkan orang-orang melayu malah masih ramai lagi melayu yg sanggup untuk diperbodoh-bodohkan. marilah kita berazam untuk keluar dari kepongan pembodohan ubn laknatullah ini agar kita tidak menjadi sesat seperti mereka yg amat menyesatkan dan nescaya seterusnya kita akan terselamat dari azab neraka lantaran bersubahat dgn dosa2 fitnah2 yg mereka lakukan.

    Marilah kita berdoa ke hadrat Allah S.W.T semoga di bulan yg mulia ini kita diberikan kekuatan dan petunjuk dalam menghadapi fitnah2 ubn laknatullah ini dan semoga Allah akan balikkan segalah fitnah yg mereka lakukan keatas diri mereka sendiri supaya mereka sedar akan kesalahan dan dosa2 mereka.

    BalasPadam