JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Rabu, 29 September 2010

PEMILIHAN PKR - TIADA KECOH TETAPI `DIKECOHKAN'

Dakwaan tiada asas: Xavier

SHAH ALAM - Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kota Raja, Dr Xavier Jayakumar menafikan kekecohan yang berlaku semasa proses pemilihan cabang itu kelmarin berpunca daripada penyalahgunaan kuasa seperti didakwa salah seorang calon yang bertanding.

Sebaliknya, Xavier berkata, semuanya berjalan lancar sehinggalah salah seorang calon membawa penyokong dan mengganggu proses pengiraan undi.

“Pada awalnya proses berkenaan berjalan lancar sehinggalah ketika proses pengiraan undi ada salah seorang calon yang bertanding membuat kecoh serta mempertikaikan cara proses itu dibuat sedangkan mereka mempunyai wakil mereka sendiri untuk memerhati cara pengiraan itu dibuat,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Katanya, tarikh pemilihan tersebut telah diumumkan sebulan lebih awal dan semua calon yang bertanding sedia maklum mengenai perkara itu.

“Kita sudah diberitahu sebulan awal mengenainya dan sebagai Ketua Cabang, saya telah sediakan semua kemudahan untuk proses pemilihan itu termasuklah dewan serta kemudahan-kemudahan yang diperlukan dan keselamatan rapi disediakan.

“Malah jawatankuasa pemilihan yang ditubuhkan oleh pusat ditugaskan untuk melicinkan proses tersebut,” katanya.

Menurutnya, peti undi terpaksa dibawa di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya untuk proses pengiraan semula undi.

Keputusan rasmi diperoleh menunjukkan Xavier memenangi persaingan tiga penjuru dengan memperoleh 883 undi manakala Kottappan 145 manakala Telai Ambalan pula mendapat 138 undi manakala kerusi Angkatan Muda Keadilan (AMK) dimenangi Azmizam Zaman Huri.

Katanya, persaingan tiga penjuru membuktikan parti itu melaksanakan sistem demokrasi.

“Setiap pemilihan atau mana-mana pilihan raya yang dijalankan mesti mempunyai ramai calon yang bertanding. Jadi dakwaan menyatakan saya tidak bagus kerana ditentang oleh dua calon lain adalah tidak munasabah,” katanya./Sinar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini