JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Sabtu, 18 September 2010

JIKA AZMIN ADA GAYA, DATO ZAID JUGA HEBAT

Oleh: WFAUZDIN NS

"Pertunjukan Azmin ada gaya'', itulah yang diperkatakan oleh Dato Zaid Ibrahim salah seorang calon Timbalan Presiden PKR apabila mengulas pengumuman YB Azmin Ali untuk bertanding di dalam pemilihan Timbalan Presiden PKR tidak lama lagi.

Mungkin ramai yang beranggapan kata-kata Dato Zaid itu suatu sindiran buat YB Azmin apabila beliau membuat pengumuman untuk bertanding dihadapan beberapa pimpinan parti. Sebelum ini pun beberapa MP dari PKR dan juga Adun PKR menyatakan sokongan terbuka buat YB Azmin. Sokongan terbuka seperti ini adalah biasa di dalam mana-mana pemilihan termasuk sokongan kepada Dato Zaid sendiri. Bahkan, DS Anwar yang tidak mahu dicalonkan di dalam pemilihan kali ini juga turut mendapat sokongan terbuka. Itu biasa.

Seperti yang YB Azmin jelaskan, apa yang penting pertandingan ini tidak akan memecah belahkan parti. Beliau enggan mengulas berkaitan kempen atau strategi yang diatur oleh Dato Zaid yang kadangkala dianggap seperti mahukan YB Azmin menjawabnya. Sikap YB Azmin yang tidak mahu menyentuh cara kempen Dato Zaid patutlah dipuji. Sepatutnya YB Azmin boleh juga sekadar mengulas bahawa `persembahan Dato Zaid juga tidak kurang hebatnya'.

Di antara kedua-dua tokoh ini tidak banyak kelemahannya tetapi lebih banyak kebaikannya kepada parti. Ini bermakna barang siapa yang tewas di dalam pertandingan ini, tidak sedikit pun merugikan parti. Umpama makanan, jika kita tidak suka memakan daging lembu dan lebih suka makan daging kerbau kerana kita berpenyakit atau tidak gemar makan daging lembu, jangan diburukkan mereka yang menyukai daging lembu pula. Lebih baik kita memakan daging kerbau sahaja.

PKR telah menetapkan garis panduan untuk sesiapa yang ingin bertanding dan semua ahli mereka diberikan hak untuk menentukan pemimpin mereka, maka pilihlah pemimpin yang mereka suka. Calon-calon pula mestilah dibenarkan berkempen asalkan mematuhi etika berkempen yang ditetapkan. Sekiranya terdapat mana-mana calon yang secara jelas dan terbukti melanggar etika ini, maka laporan wajib dibuat kepada pihak yang bertanggungjawab. Pihak yang berkenaan pula mestilah adil di dalam mengadakan siasatan dan tindakan. Jika ini semua dipatuhi, percaya dan yakinlah PKR tidak akan menjadi seperti Umno./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan