JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Khamis, 30 September 2010

GAJI KAKITANGAN AWAM SEKARANG BERSIH ATAU TIDAK ?

Rakyat Pulang Hasil Judi, Kerajaan BN Boleh Lumpuh

SHAH ALAM 30 SEPT: Pentadbiran kerajaan Pusat pimpinan Umno Barisan Nasional (BN) mungkin lumpuh jika semua rakyat mencontohi perbuatan lebih 40 warga emas yang memulangkan sumbangan lantaran curiga dengan 'kesucian' RM100 itu.

Bercakap kepada TV Selangor, Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Asia (Shura), Ghani Samsuddin khuatir tindakan kelompok warga emas itu akan dituruti kakitangan kerajaan yang curiga sama ada gaji mereka dari sumber halal atau haram.

“ Kalau semua kakitangan kerajaan pusat berhenti hanya kerana ada unsur judi yang dipungut dari Berjaya dan Sport Toto, maka kerajaan akan lumpuh. Jadi, kerajaan Pusat perlu berusaha mengurangkan kadar sumber haram.

“Mereka (kerajaan Pusat) biarkan banyak perkara haram memenuhi kantung khazanah negara. Ini bermakna rakyat terpaksa menerima,” katanya apabila diminta mengulas perbuatan lebih 40 warga emas memulangkan sumbangan kerajaan Pulau Pinang sebanyak RM100 sebulan.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menafikan hasil judi digunakan sebagai sumbangan kepada warga emas beragama Islam walaupun Setiausaha Agung DAP itu mengakui diberi kepada warga emas bukan Islam dan hal ini disahkan pegawai kewangan negeri, Datuk Farizan Darus.

Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin pula sebelum ini menyatakan penerimaan hasil judi tidak bertentangan dengan Islam sebaliknya perbuatan berjudi yang menyalahi ajaran.

Bagaimanapun, berita pemulangan sumbangan itu digembar-gembur media arus perdana, khususnya Utusan Malaysia yang memberi gambaran seolah-olah kerajaan Pusat langung tidak menggunakan hasil judi dalam pengurusan kewangan negara.

Ghani, tanpa menyalahkan kelompok warga emas di Pulau Pinang itu, bagaimanapun lebih berminat melihat gambaran isu hasil judi dijadikan sumbangan kepada rakyat secara menyeluruh dan tidak tertumpu kepada satu-satu negeri.

“Kecenderungan umat Islam akhir-akhir ini untuk kembali mencari rezeki halal harus juga menjadi perhatian kerajaan Pusat. Sebab itu mereka tidak menghalalkan judi bola, Sport Toto dan sebagainya kerana hasilnya akan masuk ke kantung negara,” katanya. /TVSelangor

2 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. "Agen poker terbesar dan terpercaya ARENADOMINO.
    minimal depo dan wd cuma 20 ribu
    dengan 1 userid sudah bisa bermain 9 games
    ayo mampir kemari ke Website Kami ya www.arenadomino.com

    Wa :+855964967353
    Line : arena_01
    WeChat : arenadomino
    Yahoo! : arenadomino"

    BalasPadam