JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Sabtu, 27 Mac 2010

US BADRUL AMIN CALON PKR DI HULU SELANGOR ?

Oleh: WFAUZDIN NS

ALFATIHAH. Saya secara peribadi mengucapkan takziah buat keluarga Allahyarham Datuk Zainal Abidin Ahmad, MP Hulu Selangor yang telah kembali ke Rahmatullah malam tadi di rumahnya di Kajang akibat barah otak. Marilah kita bersama mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan bersama golongan orang yang Soleh. Dari seorang pejuang Melayu yang berada di dalam parti Umno, akhir hayatnya disudahi dengan perjuangan membela keadilan bersama PKR yang bersekutu dengan parti yang memperjuangkan Islam iaitu PAS. Alhamdulillah.

Mungkin beberapa jam lagi jenazah Allahyarham akan disemadikan. Maka, suka atau tidak, berani atau takut, kita terpaksa berdepan dengan Pilihanraya Kecil tidak beberapa lama lagi. Tidak dapat dinafikan Parlimen Hulu Selangor bukanlah kawasan yang selesa buat PR. Kemenangan Allahyarham di dalam Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu hanya sekadar mendapat majoriti 198 undi menentang calon dari MIC. Mungkinkah pencapaian itu akan dapat dikekalkan, menurun atau pun meningkat. InsyaAllah, kemenangan pasti kita perolehi walaupun ada yang mengatakan PKR kini bermasalah akibat beberapa Adun/MP yang menjadi `katak'.

Siapakah calon yang paling layak untuk menggalas harapan pengundi-pengundi di Hulu Selangor? Buat Bn, tentunya kerusi tersebut akan menjadi rebutan di antara MIC dan Umno. MIC telah diberi peluang tetapi tewas, maka Umno pastinya punyai kelebihan untuk meletakkan calon mereka di situ. Siapa pula calon dari PR ? Jika mengikut persefahaman yang dijalin bersama, kerusi di Hulu Selangor itu tentunya menjadi milik PKR. Tetapi, siapakah calon yang paling layak untuk berdepan dengan Bn kelak?

Saya secara peribadi mencadangkan agar PKR meletakkan Ustaz Badrul Amin Baharom bertanding di Parlimen Hulu Selangor. Ini adalah kerana beliau pernah bertanding di kawasan Selangor sebelum ini walaupun tewas agak tipis. Faktor yang lain, PKR seharusnya lebih berhati-hati untuk memilih calon dibimbangi sejarah berulang kembali. Kita tidak mahu ada lagi Zahrain kedua mahupun Zulkifli Nordin nombor dua. Ustaz Badrul Amin tidak sedikit pun meragukan kita malahan beliau dilihat bukan sahaja seorang yang berilmu dan wara', malahan seorang reformis tulen. Beliau banyak berkorban tenaga, jiwa dan raga untuk perjuangan ini semenjak dari era reformasi. Beliau tidak undur walau setapak dari perjuangan walaupun beliau tidak mendapat apa-apa habuan atau kedudukan.

Sudah tiba masanya kita membayar segala usahanya selama ini walaupun mencalonkan beliau sebenarnya tidak mampu untuk membayar semangat perjuangannya selama ini. Tetapi sekurang-kurangnya kita menunjukkan penghargaan terhadap beliau. Saya yakin Ustaz Badrul Amin adalah seorang tokoh ugama yang dihormati pihak lawan dan kawan. Suara beliau patut bergema di Parlimen senada dengan suara rakan-rakan dari PAS terutamanya. Kita tidak mahu lagi suara sumbang seperti `firaun besar' dari Kulim Bandar Baru. Adakah anda bersetuju dengan cadangan saya? Sila berikan komen anda. /wfauzdin.blogspot.com

Jumaat, 26 Mac 2010

PRK HULU SELANGOR - UMNO, MIC DAN HINDRAF BEREBUT?

G Palanivel Calon MIC, Hindraf Umum Ahad Depan

MIC akan mengusulkan timbalan presidennya G Palanivel sebagai calon Barisan Nasional untuk pilihanraya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor, lapor portal berita Malaysiakini.

Presiden S Samy Vellu bagaimanapun enggan mengulas peluang MIC merampas kerusi tersebut dari tangan Parti Keadilan Rakyat. Dalam PRU12 lalu, MIC tewas dengan majoriti kecil 198 undi kepada calon PKR, Allahyarham Zainal Abidin Ahmad.

Ketua Penerangan MIC P Kamalanathan berkata Palanivel telah bekerja keras di Hulu Selangor sejak tewas di tangan Zainal. Beliau menjangkakan Umno tidak akan meminta kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Sementara itu, pemimpin Hindraf, P Uthayakumar berkata partinya, Parti Hak Asasi Manusia, belum lagi memutuskan untuk bertanding di kerusi ini. Keputusan muktamad hanya akan diketahui Ahad depan.

Manakala Parti Keadilan Rakyat tidak akan membuat sebarang keputusan sehingga urusan pengkebumian Zainal selesai, kata setiausaha agungnya, Saifuddin Nasution./TVSelangor

EMAIL ADIK AKU PASAL APCO, BOLEH KITA KONGSI

Ok Skang Kita mula dulu dengan tuduhan PKR mengatakan Kerajaan Malaysia kini mohon penasihat dari Israel ... Anwar kata Kerajaan Malaysia mohon sebuah syarikat antarabangsa dari America Syarikat Untuk menjadi penasihat bagi Negara Malaysia. Antara yang terlibat dalam syarikat tersebut adalah dari Israel. Persoalan Kenapa perlu melantik syarikat tesebut .. Dah takder melayu ke kat Malaysia ni pandai ekonomi. ???

Kat bawah ni link dari website Apco ... awak baca sendiri ... website bukan PKR buat tapi APCO punya sendiri
1. http://www.apcoworldwide.com/content/News/press_releases2009/malaysia0809.aspx

Dua2 kat bawah ni adalah dua nama israel tersebut yang terlibat dalam APCO .. So, baca sendiri, dia Israel jenis mcm mana .. Apa jawatan dia dulu. Link ni bukan PKR yang reka, tapi ada dalam website APCO.
2. http://www.apcoworldwide.com/Content/News/press_releases2008/doron_bergerbest_eilon0908.aspx
3. http://www.apcoworldwide.com/Content/international_advisory_council/KeyStaff.aspx?ksid=e884bd0c-3d24-40dc-9308-5d67462e96fd&name=IRabinovich


Lagi Anwar kata One Malaysia pernah dibuat oleh Israel pada tahun 1999 dengan nama One Israel. Anwar belum tunjuk sebarang bukti lagi. Tapi cukup kalau kita mencari sendiri betul atau tidak wujudnya One Israel. So link kat bawah ni boleh dijadikan sandaran bahawa tuduhan anwar ada kebenarannya ... BUKAN CAKAP KOSONG !!!
1. http://en.wikipedia.org/wiki/One_Israel

Selama ni Anwar dituduh sebagai agend yahudi, agent kristian, agent cina, pemecah melayu ... Tapi MANA BUKTI ???
Otak budak2 PAKATAN Rakyat sokong sebab ada bukti ... Kalau BN ada bukti kukuh, esok gua isi borang UMNO/Melalui Email

[ Di atas tu email yang dihantar oleh adik bongsu aku kepada adik perempuan aku yang masih lagi was-was tentang perjuangan PR. Sebelum ni mereka asyik berdebat je pasal PKR dan Umno. Adoiii...dalam keluarga aku ni ada lagi sikit yang dok sokong Umno...Aku kasi adik bongsu aku jer tolong jawabkan.....Aku sibuk...hehehe...]

Khamis, 25 Mac 2010

BODOHKAH ANWAR PILIH YB ZUL JADI CALON MP?

Sebenarnya sudah terlambat kita nak bahas tajuk ni. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak pilih calon buruk padahnya. Tetapi aku sengaja bawa isu ini kerana kebetulan petang semalam aku `bertikam lidah' dengan seorang sahabat yang boleh dikatakan `extreme' terhadap PAS. Aku suka berbual dengannya terutama dalam isu politik semasa. Kadangkala kami berdua bertikam lidah semata-mata ingin mencari kaedah terbaik bagaimana lebih cepat hendak kapankan Umno. Kebetulan pula beliau anggap aku ni penyokong DS Anwar (PKR). Bukankah pertikaman lidah seperti itu amat baik?

Ketika YB Zul dipecat dari PKR dan kemudiannya MP Kulim Bandar Baru itu melalak melolong dalam Parlimen membawa berbagai-bagai cerita karut marutnya sehingga beliau mengangkat dirinya sebagai `kuat iman', sahabat aku ni mendapat modal baru untuk berhujah denganku. Sahabat aku ni kata memang DS Anwar ni punyai karisma sebagai pemimpin tetapi `agak bodoh' sedikit di dalam memilih calon pilihanraya. Buktinya, sudah berapa banyak Adun dan MP dari PKR yang jadi katak selain dari yang buat hal sehingga dipecat. Tidak seperti PAS katanya yang lebih bijak di dalam memilih calon. YB Zul itu pun PAS tolak untuk menjadi calon, tetapi mengapa DS Anwar kutip? Sekarang, apa sudah jadi dengan `firaun besar' itu, katanya.

Naik juga angin aku bila dia mengatakan begitu terhadap DS Anwar. Aku berkata padanya, apa yang berlaku tidak boleh disabitkan keseluruhannya kepada DS Anwar. Tentang katanya DS Anwar `agak bodoh' di dalam pendekatan politiknya langsung aku tidak boleh terima. Hakikat dan faktanya, kekuatan PR sekarang banyak bergantung kepada pendekatan politik DS Anwar juga di samping kerjasama dan buah fikiran yang dikongsi bersama di dalam PR. Keakraban PAS dan DAP kini pun banyak dibantu oleh kebijaksanaan DS Anwar sebagai pengimbang. Aku sebenarnya tidak suka nak buat perbandingan siapa lebih hebat samada PKR, PAS atau DAP. Pada aku sepatutnya semua mesti kuat kerana untuk menumbangkan Umno/Bn tidak cukup dengan sebelah tangan sahaja.

Tentang tuduhan sahabat aku yang mengatakan DS Anwar `agak bodoh' di dalam menilai dan memilih calon, aku menjawab hal itu DS Anwar sendiri sudah akui `kelemahan'nya malahan DS Anwar sanggup memohon maaf atas apa yang berlaku kepada Adun/MP yang dipercayainya dahulu. Agak keterlaluan jika kita mengatakan apa yang terjadi adalah akibat `kebodohan' DS Anwar. Aku bertanya semula kepada sahabatku, sanggup atau tergamakkah kamu mengatakan Tuan Guru Nik Aziz itu `bodoh' apabila memilih Ibrahim raja katak itu sebagai calon ganti PAS di kerusi Parlimen Pasir Mas? Apakah pertimbangan Tuan Guru ketika itu malahan keputusan yang dibuat oleh PAS Kelantan untuk memilih Ibrahim katak mungkin turut direstui oleh Majlis Syura PAS. Pada ketika pemilihan dibuat, tentu Tuan Guru mempunyai sikap `Husnul Zan' (bersangka baik) kepada Ibrahim katak pada waktu itu. Oleh yang demikian, apa yang berlaku kepada PKR sekarang ini pernah juga berlaku pada PAS suatu ketika. Apatah lagi kataku, PKR kini terlalu muda di arena politik tanahair. Malahan, suatu ketika PAS pernah kehilangan Presiden dan juga Naib Presiden nya akibat tindakan lompat ini.

Kata-kata ku membuatkan sahabatku terdiam seketika. Akhirnya beliau secara perlahan berkata, memang benar, tidak semua yang kita fikirkan baik akan berakhir dengan baik. Aku tahu beliau tidak berniat untuk melaga-lagakan PKR dengan PAS kerana aku faham sahabat aku itu amat `extreme' dengan PAS. Bagi aku, Alhamdulillah, beliau `extreme' dengan PAS bukannya dengan Umno yang sesat itu. Aku senang berkawan dengannya.

SIAPA YANG FITNAH NAJIB DAN ROSMAH LANGKAH MAYAT YB ZUL DULU

Oleh: WFAUZDIN NS

MENARIK juga kita mendengar `nasihat' yang diberikan oleh `Mursyidul Am Bebas' MP dari Bandar Kulim Baru di Parlimen siang tadi. MP yang sinonim menggelar musuhnya sebagai `firaun kecil' siang tadi memberikan `kuliah' tentang fitnah. Apa yang dikatakan panas dan gempar oleh media pencacai Umno adalah `hikayat' dari YB Zul tentang adanya tawaran lumayan untuk beliau sekiranya beliau sanggup membuat akuan bersumpah membabitkan Najib dan Rosmah di dalam misteri pembunuhan Altantuya. Tawaran itu tentunya teramat besar sehinggakan YB Zul berkata boleh menggugat keimanannya.

Jangan kita persoalkan mengapa YB Zul tidak dedahkan sahaja siapa yang membuat tawaran sehebat itu kepadanya. Lupakan persoalan itu kerana kita tidak boleh memaksa YB Zul untuk bercerita atau berhikayat lebih lanjut. Kita cuma ingin bercerita pasal fitnah kerana saya bersetuju adalah salah besar sesiapa pun melakukan fitnah samada fitnah liwat mahu pun fitnah terlibat di dalam jenayah. Sepanjang pengetahuan saya yang sering mengikuti mana- mana ceramah dari PR, tiada seorang pun pemimpin dari PR yang menuduh Najib atau Rosmah terlibat di dalam pembunuhan Altantuya. Tetapi mengapa umum melihat seperti sepasang suami isteri ini terlibat?

Kita sering mendengar pimpinan PR mahukan Najib dan Rosmah menjawab beberapa isu yang releven untuk mereka jawab. Diketahui Najib tidak dipanggil memberi keterangan di mahkamah di dalam kes Altantuya sedangkan kesemua mereka yang dituduh ada kaitan rapat dengannya iaitu dua anggota keselamatan dan juga Razak Baginda. Bahkan alat atau bahan yang digunakan untuk tujuan pembunuhan itu juga adalah di bawah kawalan pasukan keselamatan. Jika bom C4 itu di bawah kawalan Kementerian Pertahanan, maka ketika itu Najib adalah Menteri Pertahanan dan releven untuk Najib hadir memberikan keterangan. Jika pegawai-pegawai keselamatan yang dituduh membunuh Altantuya itu pernah bertugas dengan Najib mahu pun Rosmah, releven juga Najib dan Rosmah untuk memberi keterangan. Razak Baginda dikatakan mempunyai hubungan yang rapat dengan Najib, maka pelik apanya jika Najib dipanggil untuk memberi keterangan. Malangnya Najib atau Rosmah tidak dipanggil, dan lebih mendukacitakan sehingga kini tiada siapa yang tahu motif pembunuhan tersebut.

Saya yakin YB Zul juga sependapat dengan kita semua bahawa tiada asas untuk menuduh Najib mahu pun Rosmah terlibat secara langsung di dalam kes ini, tetapi sepasang suami isteri ini mempunyai asas untuk memberikan keterangan. Sekurang-kurangnya, mereka mampu menghilangkan persepsi masyarakat terhadapnya. Bermain di fikiran kita, siapa yang mengarahkan Altantuya ini dibunuh dan yang paling penting mengapa Altantuya dibunuh? Lupakan dulu dua Akuan Bersumpah oleh Bala walaupun dikatakan Bala ada membuat Akuan Bersumpah yang baru menyebut nama sepasang suami isteri ternama ini. Semua ini memerlukan jawapan dari Najib dan tidak cukup dengan mengadakan sumpah seperti yang beliau lakukan di Permatang Pauh. YB Zul nampaknya bersetuju dengan kaedah sumpah untuk menafikan sebarang tuduhan.

Jelas, tiada siapa yang menuduh Najib terlibat di dalam kes ini tetapi sikap Najib dan Rosmah sendiri yang menimbulkan persepsi sedemikian rupa. Justeru itu, YB Zul jangan bersusah hati kerana Najib dan Rosmah tidak difitnah sebaliknya kita mahukan penjelasan dari keduanya tentang beberapa persoalan yang sepatutnya mereka mampu menjawab. Sebagai seorang Peguam, sepatutnya YB Zul merasa pelik sekiranya ada pembunuh telah disabitkan kesalahan tetapi tidak pula diketahui mengapa mereka melakukan pembunuhan itu.

Apa pun kita hormati prinsip YB Zul yang tetap pertahankan maruah Najib dan Rosmah. Mudah-mudahan jasamu akan dikenang./wfauzdin.blogspot.com

LAGI CABARAN BUAT YB ZUL KULIM

Azmin mahu Zulkifli kemuka bukti

KUALA LUMPUR- Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali mahu segala dakwaan oleh Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu Zulkifli Noordin bahawa PKR pernah membuat tuduhan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Isteri.

“Beliau kena buktikanlah apa yang didakwa, saya sebagai ahli parti dan biro politik tidak pernah membuat tuduhan begitu, sama ada dalam mesyuarat atau secara terbuka.

“PKR tidak pernah buat tuduhan bahawa Perdana Menteri mahupun isteri terlibat dalam pembunuhan altantuya, tidak pernah,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, semalam.

Menurutnya, isu yang dibangkitkan oleh PKR sejak kes Altantuya bermula adalah perlunya siasatan dijalankan secara menyeluruh.

“Kulim Bandar Baharu (Zulkifli) kena buktikan, jangan bebankan kita, kalau dia tidak boleh buktikan, maka itu juga satu fitnah, beliau tahu kesannya.

“Boleh semak saya mahupun Anwar tidak pernah secara terbuka atau tidak menyatakan pernah menuduh PM (Najib) terlibat tetapi desak supaya yang terlibat diheret ke mahkamah,” katanya./Sinar

MISI GAGAL DI PARLIMEN, MARILAH BERSUMPAH DAN CUBA PULA DI MAHKAMAH

MP Bayan Baru, Zahrain `The Dog Attack' ingin menyaman KM P.Pinang. Baca sini. Setelah berbuih mulut Zahrain menuduh orang itu orang ini dengan berbagai dakwaan mengarut, Zahrain ingin pula cuba nasib di mahkamah. Zahrain pun arif tentang sepak terajang mahkamah kat Malaysia ni.

Misi pertama Zahrain untuk buat kejutan di Parlimen ternyata gagal sama sekali. Tiada siapa yang terkejut dan jika terkejut pun kita cuma terkejut betapa tidak disangka begitu bodohnya MP Bayan Baru ini. Siapa yang terkejut dengan plan 16 September? Memang PR merancang plan tersebut untuk berada di Putrajaya. Tetapi apa beza plan kita dengan plan mereka yang diamalkan di Perak? Kisah menjual nama DYMM YDP Agung dan ATM, adalah nasi tambah untuk membuatkan kita berselera dengan cerita basi Zahrain.

Apa yang buat Zahrain kecewa sangat adalah misinya untuk memalukan DS Anwar khususnya gagal. Sebaliknya Zahrain sendiri dilempar taik oleh MP-MP dari Bn. Untuk menghilangkan rasa malunya yang teramat sangat, maka tumpuannya kini beralih untuk menggunakan gelanggang mahkamah pula. Diharapkan nanti di mahkamah jangan pula lebih besar taik yang dilemparkan ke wajahnya.

Misi Zahrain gagal. Misi YB Zul Kulim juga gagal kerana pendedahannya lebih banyak menimbulkan persoalan daripada pendeda sebenar. Persoalan siapakah yang kununnya mengupah YB Zul untuk buat akuan bersumpah tidak didedahkan. Siapa orang ketiga yang campurtangan di dalam kes Altantuya sehingga beliau menarik diri dari menjadi Peguam di dalam kes tersebut juga tidak didedah. Maka, misi YB Zul tergantung umpama roh si mati yang tidak membayar hutang.

Selepas ini, kita bakal mendengar apa pula pendedahan dari si tua pencacai pengangkut najis dari Bagan Serai pula. Apakah beliau juga akan berkata untuk bersumpah menjunjung Al-Quran sebagaimana raja katak dari Pasir Mas itu? Jika tidak tahu bagaimana untuk bersumpah, belajarlah dari Ezam sesumpah atau pun Saiful.