JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Rabu, 21 Julai 2010

BERUNDING DENGAN UMNO WAJIB LETAK SYARAT

Oleh: Mandor

MASIH lagi mahu bercakap pasal perpaduan Umno - PAS. Seronok layan isu ini kerana ianya boleh membuatkan Umno lebih perasan atau syok sendiri. Sudah beribu kali pemimpin PAS menyebut tiada lagi pertemuan dengan Umno atas dasar `Assobiyyah' kerana PAS tidak akan bersekongkol dengan benda yang diharamkan Islam itu.

PAS hanya boleh berunding, bekerjasama atau bersatu hanya atas dasar Islam. Allah mewajibkan umat Islam bersatu dengan tali Allah. Ini bermakna bersatu dengan berpandukan perintah Allah dan Rasulnya. Umno juga menyebut soal perpaduan yang diwajibkan oleh Allah, tetapi Umno sedikitpun tidak menunjukkan keikhlasan untuk mematuhi apa yang Allah suruh. Keikhlasan mesti dibuktikan bukan dengan hanya mulut yang berkata.

Ada yang berkata, PAS - Umno mesti berjumpa dahulu dan jangan letak syarat untuk berjumpa. Wey, dengan Umno ini wajib kena letak syarat. Kita bukan tidak tahu Umno tu siapa. MCA, MIC dan Gerakan pun kenal siapa Umno ini.

Seorang anak gadis yang pertama kali berjumpa dengan kekasihnya, kemudian gadis tersebut dicabul kehormatannya dalam pertemuan itu. Hubungan mereka terputus seketika akibat perbuatan jahat kekasihnya itu. Kemudian, kekasihnya muncul kembali dan menyatakan perasaan bersalah dan insaf atas perbuatannya dahulu. Kekasihnya mahu berjumpa dengan gadis berkenaan untuk kali kedua. Maka, atas dasar ingin percaya maka gadis tersebut sanggup berjumpa kekasih yang pernah mencabulnya dahulu, tetapi gadis tersebut meletakkan berbagai syarat untuk berjumpa. Syaratnya, mereka perlu berjumpa di khalayak ramai waktu siang hari dan ditemani oleh adik gadis tersebut. Apakah salah gadis tersebut meletakkan syarat sedemikian? Atau adakah kekasihnya menganggap gadis tersebut sebenarnya tidak mahu berjumpa dengannya, sebab itu diadakan syarat sedemikian rupa?

Sebenarnya yang bijak adalah gadis berkenaan. Kekasihnya itu sudah dia kenali dan pernah dikhianati, maka beliau harus berhati-hati kali ini. Soal janji kekasihnya untuk tidak akan mengulangi perbuatan jahat lamanya itu adalah soal lain.

PAS umpama seorang gadis yang pernah dikhianati oleh Umno. Kini Umno ingin kembali berdamping dengan PAS. Kebetulan mungkin, Umno sudah tenat dan semakin uzur. Sedangkan PAS umpama gadis perawan yang dipuja ramai jejaka tampan. Jika PAS ingin juga bertemu dengan Umno, maka salahkah PAS meletakkan syarat sebelum bertemu?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan