JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Isnin, 26 Julai 2010

MUFTI PERAK KANTOI LAGI

Oleh: Mandor

MUFTI Perak jelas kantoi kali ini. Tiada perjumpaan di antara beliau dengan pemimpin PAS berkaitan perpaduan atau penyatuan Umno - PAS. Sekadar pertemuan berkenaan penyatuan Melayu dan tidak lebih dari itu. Penyatuan Melayu bermakna meliputi semua orang Melayu samada dari PAS, Umno, PKR mahu pun dari yang tidak berparti termasuk berbagai pertubuhan (NGO) Melayu. Ini hakikat dan faktanya seperti yang dijelaskan oleh Dr Hassan Ali dan Mufti Perak juga turut mengakuinya. Boleh baca selanjutnya di sini.

Oleh yang demikian, siapa yang berbohong? Mufti ? Masakan Mufti berbohong? Dr Hassan Ali secara berterus terang menafikan pertemuan itu untuk membincangkan penyatuan Umno - PAS. Dr Hassan Ali juga tidak berbohong kerana Mufti Perak tersebut akhirnya mengakui apa yang dinyatakan oleh Dr Hassan Ali.

Seandainya Mufti Perak didapati berbohong, amat malang sekali kita mempunyai Mufti sedemikian rupa. Adakah demi kerana Umno, maka perlunya `bohong sunat'? Apakah selepas ini kita akan berfikir seribu kali sebelum menerima percakapan dari Mufti berkenaan?

Syabasm Dr Hassan Ali kerana berani dedahkan semua ini. Kesilapan Dr Hassan cuma kecil sahaja iaitu datang untuk belajar dari Mufti berkenaan semata-mata Mufti terbabit telah berpengalaman 30 tahun. Tetapi, Dr Hassan tidak mengkaji selama 30 tahun itu, apakah kejayaan Mufti berkenaan yang boleh kita banggakan? Adakah kejayaan rampasan kuasa di Perak itu boleh kita letakkan kredit ke atas Mufti Perak tersebut? Adakah kejayaan menukar nama `Sure Heboh' kepada `Jom Heboh' itu satu kejayaan buat Mufti Perak? Ilmu apa yang mahu Dr Hassan Ali pelajari dari Mufti Perak? Ilmu penyatuan Melayu? Melayu di Perak tempat Mufti tersebut bertugas itu pun belum tentu bersatu.

Tiadakah Ulamak lain yang boleh Dr Hassan Ali jadikan `guru'? Mengapa Mufti Perak yang diketahui giat berkempen di kalangan pelajar luar negara untuk menyokong Umno itu dipilih oleh Dr Hassan sebagai `mentor'nya?

Sehubungan itu, diharapkan Dr Hassan Ali mulai sedar siapakah yang mengkhianati beliau dengan mengada-adakan cerita lain dari yang sebenar. Mufti ? Masakan Mufti berbohong.

2 ulasan:

  1. Lagi2 Hassan Ali. Lagi2 Hassan Ali.

    BalasPadam
  2. Hassan ali pun satu hal. Dalam banyak-banyak mufti, Mufti perak yang dipilih. Ini yang buat aku was-was dengan hassan ali ni.

    Ikut logik akal, lebih elok dia berjumpa dengan mufti perlis. beliau muda, berilmu dan mempunyai peribadi yang boleh dianggap neutral.

    Mufti perak ni, ini bukan kali pertama dia bias kat UMNO. Beliau dah ada track record dah. Ini yang aku was-was ni. Silap-silap depa berdua berpakat kot apabila dah kantoi!

    bat8

    BalasPadam