JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Rabu, 14 Julai 2010

TOUCH `N' GO - JOM KITA TANGGUNG KOS OPERASI DIA

Touch 'N Go: Caj 50 sen tampung kos operasi

KUALA LUMPUR - Caj tambahan 50 sen yang dikenakan ejen bebas syarikat Touch ‘n Go Sdn Bhd seperti Petronas dan institusi perbankan bagi perkhidmatan tambah nilai kad tersebut, adalah untuk menampung kos operasi mereka, kata Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Yong Khoon Seng.

Beliau berkata, ejen bebas berkenaan dilantik bagi memperluaskan rangkaian perkhidmatan tambah nilai kad Touch ‘n Go di seluruh negara.

“Walau bagaimanapun, pengguna sebenarnya mempunyai pilihan untuk menambah nilai kad Touch ‘n Go secara percuma atau tanpa dikenakan caj perkhidmatan iaitu di pusat khidmat pelanggan, kaunter dan lorong tambah nilai di plaza tol dan stesen Transit Aliran Ringan (LRT),” katanya menjawab soalan Dr P.Ramasamy (DAP-Batu Kawan) mengenai kewajaran pelanggan membayar caj tambahan 50 sen itu semasa menambah nilai kad Touch ‘n Go di stesen mintak, serta pihak beroleh keuntungan daripada bayaran tersebut.

Khoon Seng berkata, syarikat Touch ‘n Go kini sedang berusaha memperluaskan lagi aplikasi serta rangkaian penggunaan kad tersebut.

“Ini termasuklah memperkenalkan kaunter khidmat pelanggan di stesen Petronas terpilih tanpa mengenakan sebarang caj tambahan. Program ini akan dilaksanakan secara berperingkat mulai Ogos ini,” katanya.

Sehingga kini, perkhidmatan Touch ‘n Go boleh didapati di 581 mesin juruwang automatik (ATM) terpilih di seluruh negara, stesen minyak (820) dan ejen yang sah (855)./Sinar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan