JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Khamis, 8 Julai 2010

SEKALI PR TERPAKSA `CUCI' NAJIS DITINGGALKAN UMNO/BN

'Umno, jangan nak jadi hero'
Susan Loone
Jul 8, 10


Sekumpulan ahli majlis bandaran di Pulau Pinang mengecam Umno kerana didakwa mempolitikkan isu pengusiran orang Melayu dari perkampungan mereka untuk memberi laluan kepada projek pembangunan yang diluluskan oleh pemimpin parti itu sendiri ketika mentadbir negeri itu sebelum ini.

Mereka merujuk kepada kes pengusiran penduduk Jalan Kampung Pokok Assam baru-baru ini untuk melaksanakan projek pembangunan yang diluluskan lima tahun lalu, ketika BN masih mentadbir Pulau Pinang.

Jurucakap kumpulan tersebut, Yusof Noor, mengecam Umno kerana didakwanya memanipulasi isu tersebut dengan mengeluarkan kenyataan akhbar dan menganjurkan demonstrasi terhadap kerajaan negeri sekarang, tetapi kelibat pemimpin mereka langsung tidak kelihatan ketika penduduk di situ diusir.

Yusof Noor, yang juga timbalan pengerusi PAS negeri berkata, pemimpin Pakatan di kawasan itu - ahli jawatankuasa Masjid Jelutong - yang berunding dengan pihak pemaju untuk melanjutkan tempoh untuk penduduk terbabit berpindah - dari seminggu kepada tiga bulan.

Mereka memujuk pihak pemaju supaya memberi lebih banyak masa kepada penduduk untuk berpindah memandangkan bulan Ramadan semakin hampir.

"Di mana hero-hero Umno pada masa itu? Nampaknya kelibat mereka pun tidak kelihatan untuk menangani isu ini," katanya Yusof dalam satu sidang akhbar di pusat operasi PAS di Jelutung semalam.

Menurutnya, Umnolah yang meninggalkan semua masalah tersebut dan "kami tidak mempunyai jentera atau mekanisme untuk menanganinya masalah yang ditinggalkan oleh Umno."

"Tapi kami akan cuba melakukan yang terbaik," tambah Yusof.

Katanya, jika Umno benar-benar berminat untuk membantu penduduk terbabit, maka parti itu harus berunding dengan pihak pemaju dan penduduk untuk mencari penyelesaian yang terbaik.

Tetapi sebaliknya, kata beliau, tindakan mereka telah menimbulkan kekeliruan di kalangan penduduk, dengan membuatnya seolah-olah kerajaan negeri sekarang yang bertanggungjawab terhadap masalah mereka.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan Umno supaya jangan cuba hendak menjadi hero kerana akhirnya penduduk sendiri yang akan menjadi mangsanya.

Turut hadir di sidang akhbar tersebut ialah ahli majlis bandaran Pakatan termasuk Izuree Ibrahim, Ramlah Bee Asiahoo, Mohd Zahry Shaik Abdul Rahman, Zikri dan Mohd Fadzil Ismail Ibramsa.

Kumpulan itu menjawab dakwaan pengerusi badan perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa peminggiran kampung Melayu di Pulau Pinang merupakan "harga yang berat" yang terpaksa mereka bayar kerana mengubah kesetiaan politik.

Zahid yang juga naib presiden Umno dilaporkan berkata rakyat Malaysia, terutamanya orang Melayu, perlu menyedari bahawa Umno, yang menjadi tulang belakang BN, selalu memperjuangkan kepentingan semua pihak.

Beliau yang juga menteri pertahanan menegaskan demikian ketika diminta mengulas laporan mengenai kira-kira 200 peduduk kampung tersebut yang diberi tempoh tiga bulan untuk berpindah dari kawasan itu yang akan dibangunkan dengan projek perumahan mewah.

Sementara itu, Izuree pula mendakwa, Umno turut mencetuskan masalah yang sama di merata tempat di negeri itu, termasuk di Batu Uban dan Kampung Binjai, yang didiami ramai penduduk Melayu.

Menurutnya, penduduk di dua kawasan tersebut juga mempunyai masalah dengan pemaju kerana mereka menolak pembangunan yang dijalankan di sana.

Izuree mendakwa Umno telah mempolitikkan isu tersebut, menyebabkan penduduknya menjadi keliru./Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan