JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Khamis, 2 Jun 2011

PUTRAJAYA BERMULA DI FELDA

Oleh: WFAUZDIN NS

SYABAS, Pakatan Rakyat (PR) kini semakin agresif menyerang kubu kuat dan aset penting Umno iaitu kawasan felda. PR menyedari tanpa sokongan dari masyarakat felda yang tertekan dan sering tertipu dengan felda adalah mustahil cita-cita PR ke Putrajaya akan tercapai.


Warga Felda Serting Hilir

Alhamdulillah, kaum Cina samada mereka berparti atau tidak kini mula `mengenali' Umno yang dahulunya mereka anggap sebuah parti tunjang kerajaan yang boleh menguruskan negara dengan baik. Malangnya, Umno bukan sahaja gagal menguruskan ekonomi negara tetapi parti ini semakin galak memainkan isu perkauman di sebalik pertubuhan Perkasa dan akhbar milik parti tersebut iaitu Utusan Malaysia. Lebih parah lagi, parti ini gagal menangani dengan baik isu keagamaan yang cuba ditiupkan oleh beberapa pihak.


Program Kawasan Felda di Purun

Kini, felda satu-satunya aset yang Umno harapkan untuk menyambung hayat mereka di dalam PRU ke 13 akan datang. Di dalam keadaan felda yang kini di bawah Isa Samad, Adun Bagan Pinang dan bekas MB N.Sembilan yang pernah disabitkan atas kes rasuah politik, felda semakin hilang hala tuju untuk membela nasib warganya. Persoalan adakah benar felda telah meminjam wang dari KWSP sebanyak RM 6 Bilion sehingga kini tidak terjawab. Sekali lagi KWSP dijadikan mangsa untuk menampung permasalahan pihak lain. Mustahilkah nanti wang Petronas dan LTAT juga bakal digunakan oleh mereka yang berkepentingan?

Kawasan Felda Di Jenderak



Di Kerdau

Satu pendekatan yang bijak apabila PR mula menyerang felda. Segala tenaga dicurahkan semaksima mungkin untuk menyelamatkan felda serta jenerasi akan datang. Pimpinan utama PR kini tidak kering peluh menjelajah dari satu kawasan ke kawasan lain di seluruh negara menemui warga felda dengan hanya satu tawaran iaitu `Buku Jingga'. Program kelompok diikuti dengan program perdana sentiasa mendapat sambutan warga felda. Malam tadi, saya sempat ke kawasan felda Serting Hilir, N. Sembilan. Gambaran di sana, boleh baca di sini.

Sepanjang saya sempat menghadiri beberapa program ini, terlihat oleh saya betapa bersemangatnya warga felda untuk melakukan perubahan. Suasana ini amat menakutkan Umno khususnya. Kelewatan Najib untuk mengumumkan tarikh Pilihanraya Umum Ke 13 sebenarnya lebih menguntungkan PR kerana kita masih mempunyai masa untuk memasuki kawasan penduduk yang masih tertipu dengan propaganda Umno/Bn. Teruskan gempur felda./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan