JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Isnin, 11 Ogos 2014

TSKI JADI TANGGANG !!

Tak masuk akal alasan TSKI yang mendakwa kononnya surat tunjuk sebab untuk memecat beliau diserahkan kepadanya amat singkat.  Kononnya beliau tidak ada banyak masa untuk menjawab berbagai persoalan yang ditimbulkan.

PKR serah surat minta dia jawab kalau tak silap hari Khamis.  Malam tu dia adakan Solat Hajat di rumahnya dan dia beritahu malam itu juga dia akan jawab surat berkenaan untuk dihantar pada keesokannya iaitu Hari Jumaat pagi.  

Bila tiba hari jumaat, dia cuma kirim melalui pegawainya untuk menghantar surat "jawapan", dan dalam masa yang sama menyebut tidak dapat bertemu dengan Pengerusi Disiplin PKR untuk beri keterangan lisan pada hari jumaat tersebut kerana ada urusan dengan menteri Bn.  Parti beri ruang, minta dia dapat datang pada hari Sabtu sebelum jam 1000 pagi kerana sebelah petangnya MPN akan bermesyuarat untuk membincangkan kes beliau.

Punyalah degil TSKI, hari sabtu beliau tak datang bahkan beliau pula beri tarikh untuk datang pada 15 ogos.  Hebat TSKI, dia boleh beri tarikh lagi.  Sibuk sangatkah dia pada hari sabtu sampai tak boleh datang?  Rupanya ada jamuan raya.  Mentekedarah lebih penting dari jumpa parti.  Rasa hebat, ego.

Beri alasan tak cukup masa kononnya.  Tapi bila Najib beri masa tak sampai 24 jam untuk lapor diri ke Putrajaya bagi menandatangani MOu berkaitan air dan Langat 2, sepantas kilat beliau hadir sampai tak sempat nak maklumkan kepada bosnya, Anwar.  Hebat TSKI.  Wala pada orang Putrajaya.  

Jadi, sampai bila parti mahu terus dibuli oleh orang ego ini?  Mentang-mentang dia rasa dapat sokongan dari PAS, dia rasa hebat?  Dia silap.  Anwar bukan boleh dibuli.....Mahathir pun Anwar lawan, siapa kamu TSKI?  Kamu naik jadi MB pun sebab Anwar dan parti calonkan.  Jangan jadi Tanggang!!

2 ulasan:

  1. (( Sidang Tertutup )) -Penyelesaian Akhir Krisis MB Selangor

    Hakikat yg pasti, UMNO takut terkubur di Selangor Jika Wan Azizah menjadi MB Selangor... Mungkin Ya!

    UMNO perlu menerima hakikat ini yg memulakan drama ini berlarutan kerana mengumumkan Anwar bersalah kes liwat beberapa hari sblm sempat bertanding di kajang... Kemaruk kuasa di negeri termaju ini, menjadikan UMNO sanggup buat apa saja... Tapi tak mungkin pd Wan Azizah.. UMNO sudah berada di jalan mati...

    Tapi, jika pemimpin lain yg menjadi MB selangor, mungkin UMNO mempunyai jalan2 lain yg lebih mudah!

    Tawaran yg ditawarkan UMNO hanyalah cerita dongeng...

    Konflik Anwar dan Khalid bersifat sementara..

    Khalid akan pulang ke pangkuan PKR melalui Anwar juga sebenarnya..

    Jadi, jangan susah hati sgt ye :)


    Sumber
    >>> Klik Di Sini

    BalasPadam
  2. Alahai.... perkara yang berlaku usahlah kaitkan dengan UMNO. UMNO tidak memulakan KAJANG MOVE. Isu ini adalah isu dalam kain PR iaitu PKR (yang bertindak secara sendirian tanpa konsesus dari teman-teman rapatnya), PAS dan DAP. UMNO tiada hak dalam urusan perlantikan mb.

    BalasPadam