JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Jumaat, 22 Oktober 2010

NAMA MELAYU JADI BAHAN `JUALAN' DI PWTC

'Jaga hati Melayu, tamatkan perang psikologi'
Jimadie Shah Othman
Okt 22, 10


Seorang perwakilan dalam perhimpunan agung Umno hari ini memberikan mesej dan amaran kepada kepada parti komponen BN yang lain, terutamanya MCA bagi menamatkan perang psikologi antara mereka.

Menyentuh kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek tentang kontrak sosial yang boleh dibincangkan secara tertutup, wakil Negeri Sembilan Jalaluddin Alias dengan nada keras mendesak pemimpin Cina itu supaya menjaga hati orang Melayu.

"Ini perjuangan Melayu yang pertahankan hak Melayu? Takkan di rumah saya sendiri, saya tak boleh cakap dengan isteri?

"Saya cakap atas dasar perpaduan yang diminta oleh presiden supaya kita jaga semua kaum untuk bangsa dan negara," kata Jalaluddin.

"Kita minta MCA pun juga pun hati orang Melayu. Betul kalau MCA, MIC tak sokong kita (dalam pilihan raya) kita tak boleh menang. Tetapi kalau Umno tak sokong, lagi MCA dan MIC tak boleh menang," tambahnya.

Semalam, Chua dilaporkan berkata jika kontrak sosial tidak seharusnya dibincangkan kerana soal itu mungkin menimbulkan sedikit kontroversi kerana generasi muda berpendapat, sebagai rakyat Malaysia mereka seharusnya diberi ruang. katanya.

Dalam ucapannya sebelum itu, Datuk Seri Najib Razak antara lain berkata kedudukan dan hak-hak Melayu dilindungi sepenuhnya serta "terkunci kemas" dalam perlembagaan tanpa dapat digugat lagi dan kenyataan ini wajar diterima oleh semua kaum negara ini.

Jalaluddin yang juga pemimpin Umno Jelebu menegur perhimpunan NGO dan parti bukan Melayu yang didakwanya dalam pelbagai medan menghentam orang Melayu.

"Jangan sebut lagi, jangan sentuh lagi hak Melayu. Kita tak pernah tanya apa Cina dapat. Mreka lebih senang daripada kita. Kalau kita cabut semua bangun di Kuala Lumpur, yang tinggal hanya warung-warung tua peninggalan Melayu," katanya disambut sorakan dan tepukan para perwakilan.

"Saya minta MCA dan MIC tamatkan perang psikologu antara kita supaya perpaduan kaum ditingkatkan."

Katanya, Umno sebagai "komander politik" pada BN, harus mengingatkan bahawa jangan ada sikap "cakap belakang, buat di depan" atau ungkapan seperti "sama rata, sama rata",

Sebelum menamatkan ucapanya bagi mengulung ucapan dasar presiden, Jalaluddin sempat membacakan kembali 'Tujuh wasiat Raja-raja Melayu' yang antaranya berkaitan hak, bahasa, tanah dan tanah rezab Melayu.

Sementara itu, pengerusi tetap, Datuk Badruddin Amiruldin pula mengambil kesempatan selepas itu menyampaikan nasihat kepada orang Cina dalam bahasa Hokkien - dialek Cina popular di Utara semenanjung Malaysia - yang menggamatkan dewan.

"Kita kawan, jangan kacau hak istimewa Melayu. Hormat orang. Jangankah kacau hak kita. Kita satu pasukan barulah boleh menang pilihan raya," katan Badruddin yang menterjemahkan sendiri ucapannya itu./Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan