Nazri Abdullah dan Mohd Nor Yahya |
Laporan langsung hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N.45 Galas, Gua Musang.
Calon BN, Ab Aziz Yusof menyerah borang pencalonan pada jam 9.07 pagi, manakala calon PAS, Dr. Zulkefli Mohamed pula 9.33 pagi. SPR juga menerima satu bantahan, bagaimanapun tiada calon yang ditolak pencalonan. Sehubungan itu pertandingan satu lawan satu pada pilihan raya kecil Dun Galas pada 4 November ini. 11.00 pagi: SPR mengumumkan waktu bantahan, dan pameran borang pencalonan ditutup.
10.02 pagi: SPR mengumukan masa penerimaan borang calon ditutup jam 10 pagi. Kini dibuka untuk bantahan sehingga jam 11 pagi.
9.30 pagi: Calon PAS, Dr Zulkefli Mohamad dan pimpinan utama Pakatan Rakyat dilihat memasuki pintu pagar pusat penamaan. 9:25 pagi: Calon melepasi sekatan, sedikit pergelutan berlaku antara penyokong dengan pasukan keselamatan.
9.05 pagi: Perarakan dimulakan. Pimpinan utama mengiringi calon menuju ke pusat penamaan diiringi laungan selawat dan takbir.
8.45 pagi: Lebih 5000 penyokong telah hadir dan berbaris sepanjang jalan bermula dari masjid menuju ke pusat penamaan di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang, kira-kira 700 meter dari masjid. 8.40 pagi: penasihat DAP, Lim Kit Siang tiba di Masjid 8.25 pagi: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz tiba di Masjid
8.15 pagi: Penyokong bukan Islam berkumpul di luar masjid menuggu solat hajat selesai. 8.00 pagi: Perhimpunan dimulakan dengan solat hajat di Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra. 6.10 pagi: Selesai solat Subuh. Jemaah kini sedang mendengar tazkirah disampaikan imam yang bertajuk kepentingan ulama'. 5.45 pagi: Penyokong beragama Islam mula memenuhi ruang solat. Di dakwa solat Subuh hari ini lebih ramai berbanding jemaah Solat Jumaat. Turut kelihatan penyokong DAP, mula berkumpul sementara menanti yang lain selesai solat Subuh.
5.00 pagi: Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra, bandar Gua Musang mula dipenuhi Penyokong Pakatan Rakyat. Beberapa pimpinan PAS dari pelbagai peringkat khusunya dari luar Kelantan juga mula tiba./Harakahdaily |
Selasa, 26 Oktober 2010
PENAMAAN CALON GALAS - BINCANG LAIN, JADINYA LAIN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan