JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Rabu, 16 Mac 2011

BIK MAMA MEMALUKAN KITA SEMUA

Oleh: WFAUZDIN NS

Kata-Kata Azimat Sewaktu Di Kerdau - " Lihat Betul-Betul wajah Saya, Ada Rupa Penipu Tak?"

MENGAPALAH gatal sangat mulut Bik Mama ni nak bercakap? Kalau tak tahu apa-apa lebih baik diam, sekurang-kurangnya orang tak tahu bahawa kita ni tak tahu. Bila gatal mulut nak bercakap, tidak pasal-pasal jadi malu.

Bik Mama mendakwa kejadian Tsunami di Jepun baru-baru ini sebagai pengajaran kepada Kerajaan Jepun yang tidak menitikberatkan faktor alam sekitar dan perubahan iklim dalam pembangunannya. Kejahilan Bik Mama disensasikan oleh CNN dan di laman FaceBook serta Twitter seluruh dunia. Kalau Bik Mama tidak merasa malu dengan kenyataannya itu, kita sebagai rakyat Malaysia mesti merasa malu kerana beliau dikatakan `First Lady Of Malaysia'. Siapa Bik Mama untuk mengajar Jepun? Sedarkah kita bahawa negara kita ini masih `disuap' oleh Jepun untuk memberi makan rakyat negara ini? Bukan sedikit pelaburan Jepun di negara kita dan berapa banyak Jepun mengajar kita tentang teknoloji?

Saya memetik kisah Bik Mama ini mengikut seperti yang dinyatakan oleh Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin. Beliau berkata, " Malahan, dari insiden ini menunjukkan beliau sebagai isteri Perdana Menteri tidak layak untuk mewakili suara wanita Malaysia, apatah lagi mahu mengangkat diri beliau dengan gelaran First Lady of Malaysia (FLOM),” ujarnya . Katanya, kenyataan Rosmah yang dilaporkan kepada Awani, menjadi tajuk utama berita antarabangsa CNN, dan kini menjadi pendebatan hangat di laman sosial Facebook dan twitter menunjukkan bahawa Rosmah seolah tiada naluri sensitiviti kepada kesusahan rakyat dan kerajaan Jepun yang kini sedang dalam keadaan getir menghadapi bencana yang melanda.

Melihat kepada musibah yang melanda Jepun itu, kita amat kagum dengan rakyatnya yang begitu berdisiplin menghadapi keadaan yang amat genting tersebut. Kerajaan Jepun juga telah bertindak pantas dengan penuh tanggungjawab di atas tragedi yang menimpa. Terlalu jauh bezanya dengan negara kita walaupun menghadapi bencana yang kecil. Menghadapi banjir pun, bantuan kadangkala terhegeh-hegeh mahu sampai. Justeru itu, usahlah Bik Mama mahu memperlekehkan Jepun.

Betullah kata ramai orang bahawa kejatuhan Najib nanti adalah berpunca daripada Bik Mama yang tidak tahu apa-apa tetapi berlagak seperti terlalu pandai. Sekarang yang tidak suka atau meluat dengan Bik Mama bukan sahaja rakyat di negara ini, tetapi bertambah meluas ke luar negara. Di mana Bik Mama mahu sorokkan muka jika beliau mahu `bershopping' ke luar negara selepas ini?/wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini