INI BUKAN KEKALAHAN TERAKHIR BUAT PR, KECUALI
PIMPINAN KITA BERANI LAKUKAN SESUATU
PIMPINAN KITA BERANI LAKUKAN SESUATU
Oleh: WFAUZDIN NS
PAS menyertai pilihanraya adalah kerana menganggap bahawa itu adalah salah satu kewajipannya di dalam melaksanakan perintah Allah. Sekiranya PAS tidak bertanding, rakyat tidak mempunyai peluang untuk mengangkat pemimpin mereka yang mahu melaksanakan hukum Islam kerana PAS adalah satu-satunya parti di dalam negara ini yang dasarnya adalah Islam.
Begitu juga dengan sekutu PAS di dalam PR yang masuk bertanding kerana ingin melakukan perubahan. Walaupun sudah lama kita mengetahui bahawa kita menyertai pilihanraya di dalam keadaan demokrasi yang pincang serta penuh ketidakadilan, namun kita tetap menawarkan diri kepada rakyat untuk menjadi pilihan mereka. Ramai yang mempersoalkan sampai bila PR harus bertanding di dalam suasana yang kita sendiri tahu akan risikonya. Samada PR bangkit menentang ketidakadilan di dalam sistem demokrasi yang ada sekarang atau tidak, kita mesti menyertai pilihanraya kerana itu satu kewajipan. Jika kita tidak berupaya bangkit, kita harus bersedia untuk menerima kekalahan demi kekalahan lagi.
Saya bukan ingin menafikan beberapa kelemahan di pihak kita yang mungkin menjadi faktor kita tewas sejak kebelakangan ini. Kita harus akui kita masih punyai kelemahan yang perlu kita perbaiki. Namun pada pendapat saya, sehebat mana pun kita jika kita bertanding di dalam keadaan padang yang tidak rata dengan pengadil yang bersikap berat sebelah, kita lebih banyak berpeluang untuk kalah dari mencapai kemenangan. Jika kita menang sekali pun, bukan bererti kita menang kerana pilihanraya itu bersih dan adil. Mungkin kita menang oleh kerana terlalu kuat sokongan pada kita sehingga tidak mampu untuk mereka menghalangnya lagi. Adakah kita selama-lamanya mahu mengharapkan situasi begitu?
Sehubungan itu, suka saya cadangkan kepada pimpinan PR agar lakukan sesuatu yang lebih serius dan bersungguh-sungguh agar kita tidak lagi dipermainkan setiap kali kita menyertai pilihanraya. Siapa boleh nafikan jentera kerajaan, media, rasuah politik, undian pos dan segalanya digunakan oleh pihak mereka setiap kali adanya pilihanraya? Kita sedar sudah lama semua ini, namun kita seperti tidak bersungguh bangkit menentangnya. Ini lah punca sebenar atau faktor utama mengapa kita selalu tewas.
Memadaikah kita hanya bercakap menentang ketidakadilan ini, selepas itu kita masuk juga gelanggang dalam situasi yang tidak pernah berubah? Percayalah, selagi semua itu tidak kita halang, selagi itu kita akan terus ditertawakan dengan kekalahan demi kekalahan. Contoh terbaru, PRK di Dun Tenang, Merlimau dan Dun Kerdau terlalu menonjol kecurangan demokrasi yang mereka lakukan. Bila kita tewas, kita buat komen yang nadanya tetap sama bertahun-tahun iaitu kita tewas akibat amalan rasuah mereka, undi pos, pengundi hantu, media, jentera kerajaan yang mereka gunakan. Kita tahu, tapi apa yang kita rancang untuk menghalangnya?
Menjadi harapan kita agar pimpinan PR lebih serius di dalam hal ini. Jika keadaan ini tidak dapat diperbaiki, tiada gunanya kita siang malam berkempen meminta rakyat menyokong kita. Sekiranya semuanya dapat kita perbetulkan, barulah kita boleh mengkaji sebenar-benarnya kelemahan kita jika kita masih tewas lagi./wfauzdin.blogspot.com

WFauzdin,
BalasPadamTakkan tak nak mengaku yang faktor kekalahan PR antaranya adalah kerana orang ramai menyampah dengan PKR? Disebabkan oleh PKR ini, Pakatan turut sama terpalit.
Dan seingat saya, WFauzdin adalah antara yang paling lantang mengkritik mereka yang menghentam kepimpinan PKR semasa kes pemilihan tempohari. Maka, jangan lah buat-buat menanya, dan meminta pimpinan PR supaya serius sikit. Awak juga sama-sama bersalah dalam isu ini!