JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Khamis, 3 Mac 2011

SI JAHIL MENJAWAB HUJAH MUFTI PERAK

Oleh: WFAUZDIN NS

TUNGGU punya tunggu, akhirnya berbunyi juga Mufti Perak Harussani. Di dalam akhbar Sinar hari ini, Harussani bukan bersuara pasal Najib kalungkan bunga di Makam Kamal Antartuk, bukan pasal Najib menggelar Syeikh Yusoff Qardhawi dan Ikhwanul Muslimin sebagai pengganas dan bukan juga soal Najib merasuah pengundi-pengundi di Dun Kerdau dan Merlimau.

Harussani bersuara kerana Tuan Guru Nik Aziz pernah menyebut sesiapa yang menyokong PAS masuk Syurga. Harussani sebut, jangan kaitkan ugama di dalam politik. Ertinya, Harussani tidak mengakui bahawa politik itu ada di dalam Islam. Maksudnya, PAS kena sebut benda yang bukan melibatkan agama jika ingin berkempen. Jadi, PAS mahu sebut apa? Sedangkan parti itu sendiri pun suidah tertera dengan nama Islam malahan dasarnya pun Islam. PAS kena sebut cerita dongeng atau cerita janji-janji rasuah pilihanraya seperti yang telah Umno lakukan? Itukah yang Harussani mahu PAS lakukan?

Harussani juga mendakwa Tuan Guru Nik Aziz sentiasa mengeluarkan fatwa apabila adanya pilihanraya. Semenjak bila Tuan Guru Nik Aziz diiktiraf sebagai pemberi fatwa? Jika benar itu fatwa, mengapa Tuan Guru Nik Aziz tidak didakwa oleh Majlis Agama Islam kerana hanya Mufti dan Majlis Fatwa sahaja yang boleh mengeluarkan fatwa? Ini adalah kerana Majlis Agama Islam pun faham itu bukan fatwa Tuan Guru Nik Aziz cuma Harussani sahaja yang tidak faham.

Di dalam bab mengundi PAS masuk Syurga, Harussani sebut hanya Allah sahaja yang berhak menentukan sesiapa yang masuk Syurga atau Neraka. Jika begitu, salahlah kita mengajar anak kita jangan mencuri, jangan minum arak, jangan derhaka pada ibu bapa nanti berdosa dan masuk Neraka. Salahkah? Masakan Harussani tidak faham kaedah itu? Tuan Guru Nik Aziz tidak pernah sebut sesiapa yang sokong Umno akan masuk Neraka, beliau cuma sebut bahawa sesiapa yang sokong PAS akan masuk Syurga.

PAS adalah parti yang dasarnya Islam yang mahu memperjuangkan Islam dan menentang kemungkaran. Menyokong parti yang memperjuangkan Islam dan menentang kemungkaran itu berpahala atau berdosa? Jika berpahala, Allah janjikan Syurga dan jika berdosa Allah janjikan Neraka. Itu janji Allah bukan janji PAS. Umno adalah parti sekular yang dasarnya Kebangsaan dan Umno mengekalkan kemungkaran dan kezaliman. Sesiapa yang menyokong Umno mendapat pahala jugakah? Jika bukan pahala, apa dia?

Contoh mudah, seseorang mengajak kita ke masjid dan seorang lagi mengajak kita ke Kelan Malam atau Pusat Judi di Genting. Jika kita mengikut ajakan ke Kelab Malam atau tempat judi, adakah kita berpahala dan balasannya adalah Syurga? Memang Allah sahaja yang berhak menentukan seseorang itu ke Syurga atau Neraka, tetapi Allah ajar kita bagaimana untuk berusaha ke arah itu. Kita diberi pilihan untuk memilih.

Tidak perlu saya menulis banyak kerana Harussani lebih arif dari saya. Beliau juga tentu arif tentang hukum pemerintah yang mengeluarkan lesen judi, mengekalkan akta zalim ISA dan juga arif tentang ciri-ciri pemimpin Islam yang boleh dipilih. Mana satu pilihan kita, adakah pemimpin yang isteri dan keluarganya mematuhi hukum Islam yang asas seperti menutup aurat atau pemimpin yang isterinya pun bertelanjang iaitu tidak menutup aurat? Jika hukum Islam yang asas pun gagal dilaksanakan, usah diharap kepada yang lain. /wfauzdin.blogspot.com

1 ulasan:

  1. Salam tuan rumah,Tokguru sebut secara dasar,sokong Islam masuk syurga.dalam konteks politik sokong pas masuk syurga.maknanya berpeluang masuk syurga tapi tak semestinya pasti masyuk syurga.

    Senang cakap lah siapa sembahyang tak baca Al fatihah solatnya tak sah,siapa yang solat dengan betul segala rukunnya sahlah secara luarannya,tak perlu dipertikaikan dalamannya adakah dia solat kerana nak menunjuk pada orang misalnya.

    Jika syurga neraka ketentuan Allah secara mutlak dan x ada sangkut paut dengan amalan kita xada gunanya kita ikut Islam baik x ada agama lagi senang sebab mana tahu walaupun kita tak solat Allah akan masukkan kita dalam Syurganya.

    BalasPadam